28 Oktober 2014

Politik Di Malaysia

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kuasa perundangan dibahagikan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.

Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyah mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, pengangkutan, dan hal-hal lain.

Keadaan politik

Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, berasaskan konsep "siapa cepat dia dapat" (first-past-the-post). Parti politik utama Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah memegang kuasa bersama parti - parti yang lain sejak kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973, perikatan parti yang berasaskan kepada kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar -- Barisan Nasional-- yang mempunyai 14 parti. Hari ini perikatan Barisan Nasional mempunyai tiga komponen penting - UMNO, MCA (Persatuan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam perikatan Barisan National.

Proses politik di Malaysia boleh digambarkan sebagai mengambil bentuk "perkongsian kuasa"/(Konsosialisme)" yang mana "kepentingan bersama boleh diselesaikan di dalam satu rangka kerja campuran yang besar"[1] . Di dalam buku Government and Politics in Southeast Asia' cabang eksekutif cenderung untuk mendominasi aktiviti politik, dengan pejabat Perdana Menteri menjadi satu kedudukan untuk mempengerusikan "sekumpulan kuasa yang semakin membesar dan meluas supaya tindakan dapat diambil terhadap individu atau organisasi," dan "memudahkan peluang perniagaan". Pada umumnya kritikan-kritikan mengakui walaupun autoritorianisme di Malaysia melangkaui pentadbiran Mahathir bin Mohamad, beliau juga adalah orang yang "membawa proses berkenaan kehadapan dengan berkesan"

Sarjana undang-undang mencadangkan bahawa secara politiknya "persamaan bagi keharmonian agama dan bangsa" adalah sangat rapuh, dan "kerapuhan ini berpunca daripada identifikasi agama dan bangsa berpasangan dengan ketuanan Melayu orang-orang Melayu bertembung dengan cita-cita bangsa lain bagi mendapatkan persamaan hak."

Seperti kehendak segelintir masyarakat Muslim terdiri daripada majoriti Melayu mewujudkan sebuah negara Islam, desakan bukan Melayu untuk hak samarata adalah sesuatu daripada perlembagaan tidak dapat disesuaikan. Bagi desakan yang mencucuk dalam suatu sistem politik— satu sistem yang berdasarkan kecemerlangan politik orang Melayu. Satu desakan yang mencabar punca kuasa autoriti pemerintahan orang Melayu.

Pada awal September 1998, Perdana Menteri pada waktu itu, Dato' Seri Mahathir bin Mohamad telah memecat Timbalan Perdana Menterinya, Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral [2] dan juga korupsi. Anwar mengatakan bahawa penyingkirannya adalah kerana perbezaan politik antaranya dan Mahathir. Beliau telah melancarkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk mendesak diadakan reformasi pada sistem politik Malaysia. Kemudiannya, Anwar telah ditangkap, dipukul ketika ditahan di penjara (termasuk dipukul oleh Ketua Polis Negara), dan didakwa dengan kesalahan melakukan rasuah, dalam kedua-dua konteks undang-undang dan moral, pendakwaan-pendakwaan termasuklah halangan keadilan dan liwat. Pada bulan April 1999, beliau telah didapati bersalah kepada empat pendakwaan korupsi dan telah dijatuhkan penjara selama 6 tahun. Pada bulan Ogos 2000, Anwar telah didapati bersalah pada pendakwaan liwat dan telah dijatuhkan 9 tahun berturut-turut selepas kesalahan yang dijatuhkan selama 6 tahun tersebut. Kedua-dua perbicaraan telah dipandang oleh pemerhati tempatan dan antarabangsa sebagai tidak adil. Sabit kesalahan Anwar terhadap kes liwat telah ditukar menjadi sebaliknya, dan beliau telah menyempurnakan 6 tahun penjara bagi korupsi, beliau telah dibebaskan daripada penjara. Dalam pilihan raya umum November 1999, Barisan Nasional telah kembai berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72. Pakatan pembangkang Barisan Alternatif, yang telah diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), telah meningkatkan kerusinya kepada 42. PAS kembali mengawal kerajaan negeri Kelantan dan telah memenangi kerajaan negeri Terengganu.

Perdana menteri kini adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak Lah'). Beliau mengambil alih pentadbiran berikutan persaraan Dr. Mahathir (sekarang Tun Dr. Mahathir) pada 31 Oktober 2003. Abdullah Badawi dilihat sebagai tokoh yang lebih bertolak ansur dan lemah-lembut jika dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir yang gayanya lebih berterus terang dan bersifat konfrontasi. Beliau berikrar untuk meneruskan dasar-dasar berorientasikan agenda pembangunan Tun Dr. Mahathir, sementara itu membuat kurang kenyataan pengistiharan berkaitan dasar luar berbanding Tun Dr. Mahathir, yang kerap kali menyelar negara-negara barat, iaitu Amerika Syarikat dan Australia secara khusus.

Dalam pilihan raya umum pada Mac 2004, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai Barisan Nasional untuk mencapai keputusan undi yang be88sar, yang mana Barisan Nasional mendapat semula negeri Terengganu. Kini kerajaan campuran menguasai 92% kerusi dalam Parlimen. Pada tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyatakan "Saya percaya negara ini harus mempunyai kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga seperti yang saya nikmati ketika saya merupakan perdana menteri adalah cukup tetapi suatu majoriti sebanyak 90% adalah terlalu kuat... Kami memerlukan parti pembangkang untuk mengingatkan kami jika kami membuat kesilapan. Apabila anda tidak ditentang, anda berpendapat bahawa setiap perkara yang anda buat adalah betul." [3]
Pada pilihan raya umum tahun 2008, parti-parti pembangkang berjaya menghalang Barisan Nasional dari meraih majoriti ⅔ buat kali pertama sejak tahun 1969, iaitu 82 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Tiga parti pembangkang utama, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Islam Se-Malaysia membentuk satu perikatan ;:bergelar Pakatan Rakyat tidak lama selepas kejayaan ini.



*sumber : wikepadia

Menggila Jeruk Asam Boi

fenomena sekarang kat laman sosial "jeruk asam boi".. dengar saja buat kecur air liur.. hu3.. bagi mereka yang penggemar asam, ini merupakan satu cadangan menu yang terbaekkk.. hu3.. tp ingt, jangan makan semasa perut kosong.. kepada penjual pulak, ini merupakan satu sumber rezeki sebab permintaan terhadap jeruk asam boi ni, amat lah menggalakkan.. sehingga apa yang didengari, mangga pun dah susah nak dapat dan harga mula naik.. malah, debu asam boi pun dah kehabisan stok..

hu3.. penangan jeruk asam boi.. tapi kepada sesiapa yang bukan penggemar asam, bagi apa pun, x mahu punyer..hi3.. tapi pada mereka yang gemar, sah2, lepas baca coretan ni,terus pi cari kat mana2.. kikiki..

ok, kat bawah ni, adalah resepi untuk buat jeruk asam boi.. perghhh..terbaekkk...

Mangga atau Mempelam atau buah Pauh muda. Nak lagi syok yang dianggap kirau atau hampir nak masak. Sebabnya? Tak adalah keras sangat nak makan nanti. Tapi ada yang kata, elok yang muda belia, sebab bila jadi jeruk, dia akan jadi lembut. Ok .. itu terpulang pada citarasa, sebab itu buat sendiri lebih afdal kalau tekak ni susah nak terima citarasa orang lain... ye tak?

Asam Boi. Yang ini anda boleh dapati dengan mudahnya di kedai-kedai. Fenomena jeruk Mangga terkini kena letak Asam Boi, kata mereka lebih asyik ... hoho ...

Gula. Bahan penting untuk menjadikan Mangga tadi bertukar menjadi jeruk. Kuantitinya banyak, saya boleh katakan ia mestilah lebih dua kali ganda daripada bahan utama Mangga itu tadi. Jika ada Mangga dalam 3 bijik, paling kurang gula nak kena ada 9 sudu besar gula.

Garam. Ada yang letak, ada yang tak letak. Bagi saya elok letak sedikit sebagai penambah perisa. Ia bergantung dengan Asam Boi tadi, kalau letak Asam Boi banyak, maka garam ni boleh dianggap tak perlu pun, sebab Asam Boi ada rasa manis, masin gitu ... :)

Dan bahan yang dianggap cukup penting untuk jadikan jeruk Mangga kick .. ialah cili api. Cili Api mestilah dari jenis berapi-api pedasnya. Banyak atau sedikit terpulang kepada anda. Kalau mahu lebih pedas, maka letakkanlah banyak ... segengam pun tak mengapa.

Teknik Menggaul Kena Betul

Caranya ... mula masukkan Mangga muda tadi ke dalam bekas dan masukkan gula. Gaul sehingga sebati. Oh ya, jangan lupa potong kecil-kecil buah Mangga tadi, saiz potongan penting supaya ia senang mudah nak dijerukkan. Jika besar sangat, nanti tak rasa sebatian campuran nanti. Jadi, saya syorkan ia dipotong kecil, tetapi tidak terlalu kecil. Pastikan juga sebelum dicampur dan digaul, Mangga tidak terlalu berair atau basah.

Bila dah gaul Mangga dengan gula sehingga sebati, barulah dimasukkan Asam Boi. Anda akan lihat, campuran sebati Mangga, gula dan Asam Boi akan keluarkan sedikit cecair. Jadi, tak perlu tambah air.

Kemudian, masukkan sedikit garam jika perlu. Bab ni anda kena rasa sedikit. Kalau macam tak ada kelainan 3 rasa, barulah masukkan garam.

Lepas tu, masukkan bahan terakhir iaitu cili api. Potong cili api ini kecil-kecil, lagi halus lebih baik. Sebabnya mudah untuk bahan-bahan itu bergaul mesra dan rasa pedas itu terserap dalam sebatian tadi. Gaul dan gaul .. dan gaul ... sampai nampak semua dah sekata rata.

Masukkan dalam bekas bertutup.

Siap.

Masukkan sebatian atau campuran jeruk Mangga ini ke dalam peti ais. Biarkan selama 4-5 jam. Lebih sejuk, lebih sedap ... baru anda akan terasa kemanisan gula, keserasian rasa Asam Boi, dan pedasnya cili api tadi.



10 Mac 2014

asemen vs audit

arghhh.. asemen.. asemen.. penim! penim! hu3.. itu sbb last minute buat keje.. nasib la kan..hu3.. lusa kena summit asemen .. stressss tp sempat lg mengblogkan diri.. haha..

hari ini.. rasa sedikit keboringan.. tel mati (sbb lupa nk bawa chargess).. sbb tu boring tahap jipann.. kiki.. x dpt nk update status kt fb, tweet, IG dan lain2.. rugi bisness hari ni..hi3..

hari ini juga, makan sorang2 kat kantin pej.. entah kemana bdk2 ofis.. segan pun ada..sbb dh lama x g mkn di kantin..kikiki.. 

dan hari ini jg, menunggu keputusan tentang misteri kehilangan pesawat MAS MH307.. wlp tiada saudara mara yg terlibat (tp saudara sesama Islam), hati tersentuh.. apbl laporan yg diterima dan diberikan mengecewakan.. "YA ALLAH.. JIKA DI LAUT, TIMBULKAN...JIKA DIDARAT, TUNJUKKAN... JIKA DIUDARA, PERMUDAHKAN.." AMIN... doa kami sentiasa mengiringi mangsa2 semua.. hnya DIA shj yg MAHA MENGETAHUI..

hari ini juga, stayback sampai mlm..uwaaa.. ni audit punya pasal..hu3.. (salahkan diri sndr sbb sll wt keje last minit)... dah la keje bertimbun..tp bibir tetap mengukir senyuman...

ok la frenz, setakat di sini..take care..love uaolls
sayonara...

Bisness Online

Thanks to ALLAH swt... itu aja yg mampu diucapkan.. setelah hampir 2 or 3 thn berkecimpung dlm bisness online ( lihat link Mimi Hamiza Ibrahim atau Pemborong Kain Mimi Hamiza atau KedaiMimiey)... akhirnya membuahkan hasil..alhamdulillah..moga rezeki kekal selamanya..

perkembangan bisness semakin maju dan berkembang.. cust mula kenal dan ramai yg mempercayai.. sbb satu jer, utk berjaya kita perlu jujur dan ikhlas.. yg pntg kena sabar..

setelah ditotal jmlh kain utk bln ini RM*****... alhamdulillah..

note: wish me good luck

9 Mac 2014

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH 307

Usaha mencari, menyelamat diperluas

Sepang: Usaha mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang bersama 227 penumpang dan 12 krew diperluaskan dengan bantuan pasukan penyelamat antarabangsa pelbagai negara, termasuk China, Vietnam, Singapura dan Amerika Syarikat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, sehingga petang semalam, operasi mencari masih diteruskan selepas usaha peringkat pertama yang memfokuskan di kawasan isyarat terakhir pesawat itu dikesan, gagal mendapat sebarang petanda.

“Selepas berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) serta agensi berkaitan, kita putuskan untuk memperluaskan usaha mencari dan menyelamat.


“Untuk tujuan ini, kita sudah menambah bilangan aset. Bilangan pesawat kini ditambah menjadi 15 iaitu empat unit C130, unit Bombardier (dua), Helikopter Agusta (dua), unit CN 235 (satu), EC 725 (empat), Beachcraft (satu), King Air (satu) serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hulur bantuan

Mengulas lanjut, Najib berkata, Vietnam sudah memberi persetujuan untuk pasukan mencari dan menyelamat menjalankan operasi di perairan mereka, manakala China juga bersedia menghulurkan bantuan.

“Saya juga sudah bercakap dengan Perdana Menteri China, Xi Jinping kerana 153 daripada penumpang pesawat MH370 itu adalah rakyat republik terbabit dan satu rakyat Taiwan. Beliau menyatakan China akan membantu kita dalam operasi mencari dan menyelamatkan sehingga apa yang kita harapkan berhasil,” katanya.
Selain itu, katanya Amerika Syarikat menerusi tentera laut mereka juga menawarkan bantuan untuk menghantar pesawat mereka menyertai operasi berkenaan.

“Saya juga menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Singapura (Lee Hsien Long), yang menyatakan kesudian untuk menghantar sebuah pesawat C130 untuk menyertai operasi,” katanya yang menyifatkan terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai kejadian itu.

Walaupun muncul pelbagai teori mengenai kehilangan pesawat itu, Najib menegaskan, semuanya akan tinggal teori sehinggalah pasukan mencari menemui bukti kukuh mengenainya.

Najib beri sokongan moral

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dan memberikan sokong moral kepada ahli keluarga penumpang pesawat terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengesahkan MAS turut memberi tumpuan memberi sokongan emosi kepada keluarga terbabit di negara ini dan di Beijing.

Sementara itu, Najib menerusi Twitternya, mengarahkan agar semua langkah diambil bagi mengesan pesawat MAS yang hilang pagi semalam ketika dalam perjalanan dari sini ke Beijing.

“Doa dan ingatan saya untuk anggota keluarga penumpang penerbangan MH370. Saya sudah pun meminta agar semua langkah yang boleh diambil,” kata Najib.

 

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH 307 - PART II

Jangan dengar, sebar spekulasi nasib MH370

Putrajaya: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menafikan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang ditemui terhempas di perairan selatan Vietnam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Wisma Putra maklumat itu didapati tidak benar.

“Ada juga berita yang disebarkan kata pesawat mendarat cemas di Nanning dan juga ada yang kata pesawat terhempas di sebuah pulau di selatan Vietnam.. ini semua tidak benar dan sudah disahkan DCA,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Beliau berkata, kerajaan sudah menggerakkan semua aset tentera udara, darat dan laut bagi operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS itu dengan kawasan carian tertumpu di perairan Laut China Selatan berdekatan sempadan Malaysia/Vietnam.

Bantu operasi menyelamat

Katanya, kerajaan juga mendapatkan kerjasama China, Vietnam dan Filipina untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.

“Pihak ketenteraan dan DCA juga menafikan bangkai pesawat MAS berkenaan dijumpai di perairan Vietnam.
“Aset ketenteraan negara sudah digerakkan ke perairan Vietnam, namun setakat ini tiada sebarang penemuan bangkai pesawat dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mewujudkan pusat koordinasi operasi bagi menyalurkan maklumat terkini b erhubung kehilangan pesawat berkenaan.

“Maklumat terbaharu berhubung kejadian akan dikemas kini setiap dua jam.

“Ini bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat tepat mengenai kejadian itu dan tidak mendengar spekulasi yang disebarkan pelbagai pihak,” katanya.

Selain itu, Hishammuddin berkata sehingga jam 3 petang, MAS sudah menghubungi hampir 80 peratus ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan. 

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH 370 - PART 1

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan mulai 7 pagi tadi - Azharuddin

 SEPANG: Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata usaha mencari dan menyelamat di kawasan terakhir pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang diteruskan bermula jam 7 pagi tadi.
Katanya, tambahan tiga pesawat digunakan bagi meneruskan usaha berkenaan.

"Sehingga kini operasi tidak menjumpai sebarang kesan tompokan minyak seperti yang didakwa," katanya. 
 
note:sumber BH