Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat
selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera.
Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong,
memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan
ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan
ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan
Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,
termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli
masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli
mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar
sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang
jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kuasa perundangan dibahagikan di antara kerajaan persekutuan dengan
kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi
ialah Perlembagaan Malaysia
dan ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau
bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah
ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam
dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak
memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.
Sistem legaliti Malaysia
berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan
daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang
India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk
daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal
konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara
kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah
dan Sarawak setiap satunya mempunyah mahkamah tinggi. Kerajaan
Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan,
keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil
di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga
orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra
tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri,
komunikasi, pengangkutan, dan hal-hal lain.
Keadaan politik
Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, berasaskan konsep "siapa cepat dia dapat" (first-past-the-post). Parti politik utama Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO), telah memegang kuasa bersama parti - parti yang lain sejak
kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973, perikatan parti yang berasaskan
kepada kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar -- Barisan Nasional-- yang mempunyai 14 parti. Hari ini perikatan Barisan Nasional mempunyai tiga komponen penting - UMNO, MCA (Persatuan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam perikatan Barisan National.
Proses politik di Malaysia boleh digambarkan sebagai mengambil bentuk "perkongsian kuasa"/(Konsosialisme)" yang mana "kepentingan bersama boleh diselesaikan di dalam satu rangka kerja campuran yang besar"[1] . Di dalam buku Government
and Politics in Southeast Asia' cabang eksekutif cenderung untuk
mendominasi aktiviti politik, dengan pejabat Perdana Menteri menjadi
satu kedudukan untuk mempengerusikan "sekumpulan kuasa yang semakin
membesar dan meluas supaya tindakan dapat diambil terhadap individu atau
organisasi," dan "memudahkan peluang perniagaan". Pada umumnya
kritikan-kritikan mengakui walaupun autoritorianisme di Malaysia
melangkaui pentadbiran Mahathir bin Mohamad, beliau juga adalah orang yang "membawa proses berkenaan kehadapan dengan berkesan"
Sarjana undang-undang mencadangkan bahawa secara politiknya
"persamaan bagi keharmonian agama dan bangsa" adalah sangat rapuh, dan
"kerapuhan ini berpunca daripada identifikasi agama dan bangsa
berpasangan dengan ketuanan Melayu orang-orang Melayu bertembung dengan cita-cita bangsa lain bagi mendapatkan persamaan hak."
Seperti kehendak segelintir masyarakat Muslim terdiri daripada majoriti Melayu mewujudkan sebuah negara Islam, desakan bukan Melayu untuk hak samarata adalah sesuatu daripada perlembagaan
tidak dapat disesuaikan. Bagi desakan yang mencucuk dalam suatu sistem
politik— satu sistem yang berdasarkan kecemerlangan politik orang
Melayu. Satu desakan yang mencabar punca kuasa autoriti pemerintahan
orang Melayu.
Pada awal September 1998, Perdana Menteri pada waktu itu, Dato' Seri Mahathir bin Mohamad telah memecat Timbalan Perdana Menterinya, Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral [2]
dan juga korupsi. Anwar mengatakan bahawa penyingkirannya adalah kerana
perbezaan politik antaranya dan Mahathir. Beliau telah melancarkan
beberapa siri tunjuk perasaan untuk mendesak diadakan reformasi pada
sistem politik Malaysia. Kemudiannya, Anwar telah ditangkap, dipukul
ketika ditahan di penjara (termasuk dipukul oleh Ketua Polis Negara),
dan didakwa dengan kesalahan melakukan rasuah, dalam kedua-dua konteks undang-undang dan moral, pendakwaan-pendakwaan termasuklah halangan keadilan dan liwat.
Pada bulan April 1999, beliau telah didapati bersalah kepada empat
pendakwaan korupsi dan telah dijatuhkan penjara selama 6 tahun. Pada
bulan Ogos 2000, Anwar telah didapati bersalah pada pendakwaan liwat dan
telah dijatuhkan 9 tahun berturut-turut selepas kesalahan yang
dijatuhkan selama 6 tahun tersebut. Kedua-dua perbicaraan telah
dipandang oleh pemerhati tempatan dan antarabangsa sebagai tidak adil.
Sabit kesalahan Anwar terhadap kes liwat telah ditukar menjadi
sebaliknya, dan beliau telah menyempurnakan 6 tahun penjara bagi
korupsi, beliau telah dibebaskan daripada penjara. Dalam pilihan raya umum November 1999, Barisan Nasional
telah kembai berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi
parlimen, tetapi kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72. Pakatan
pembangkang Barisan Alternatif, yang telah diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), telah meningkatkan kerusinya kepada 42. PAS kembali mengawal kerajaan negeri Kelantan dan telah memenangi kerajaan negeri Terengganu.
Perdana menteri kini adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak Lah'). Beliau mengambil alih pentadbiran berikutan persaraan Dr. Mahathir (sekarang Tun Dr. Mahathir) pada 31 Oktober 2003.
Abdullah Badawi dilihat sebagai tokoh yang lebih bertolak ansur dan
lemah-lembut jika dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir yang gayanya
lebih berterus terang dan bersifat konfrontasi. Beliau berikrar untuk
meneruskan dasar-dasar berorientasikan agenda pembangunan
Tun Dr. Mahathir, sementara itu membuat kurang kenyataan pengistiharan
berkaitan dasar luar berbanding Tun Dr. Mahathir, yang kerap kali
menyelar negara-negara barat, iaitu Amerika Syarikat dan Australia secara khusus.
Dalam pilihan raya umum pada Mac 2004, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai Barisan Nasional untuk mencapai keputusan undi yang be88sar, yang mana Barisan Nasional mendapat semula negeri Terengganu. Kini kerajaan campuran menguasai 92% kerusi dalam Parlimen. Pada tahun 2005,
Dr. Mahathir telah menyatakan "Saya percaya negara ini harus mempunyai
kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga
seperti yang saya nikmati ketika saya merupakan perdana menteri adalah
cukup tetapi suatu majoriti sebanyak 90% adalah terlalu kuat... Kami
memerlukan parti pembangkang untuk mengingatkan kami jika kami membuat
kesilapan. Apabila anda tidak ditentang, anda berpendapat bahawa setiap
perkara yang anda buat adalah betul." [3]
Pada pilihan raya umum tahun 2008, parti-parti pembangkang berjaya menghalang Barisan Nasional dari meraih majoriti ⅔ buat kali pertama sejak tahun 1969, iaitu 82 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Tiga parti pembangkang utama, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Islam Se-Malaysia membentuk satu perikatan ;:bergelar Pakatan Rakyat tidak lama selepas kejayaan ini.
*sumber : wikepadia