D i pejabat, pada setiap hari Ahad, akan diadakan PERHIMPUNAN PAGI untuk semua kakitangan... jadi hari ini pada 2 dis 2012 (hari ahad), perhimpunan pagi telah diadakan...
banyak maklumat dan informasi yang kami dapat... hari ini tuan pegawai telah membincangkan dan memberi informasi mengenai 3 perkara. jom kita jelajah 3 perkara tersebut:-
1. Berjabat Salam - mengamalkan berjabat salam setiap hari bagu tujuan untuk mengeratkan hubungan dikalangan kakitangan. malah, di rumah juga digalakkan berjabat tangan bersama keluarga. namun, terdapat pelbagai cara berjabat tangan iaitu dengan ikhlas atau tidak. ikhlas apabila berjabat tangan dengan menggunakan ekdua-dua belah tangan, menggenggam dengan erat, mata saling bertaut dan dengan menghadiahkan sebuah senyuman. tidak ikhlas apabila berjabat tangan dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja, tanpa mata bertaut dan tanpa senyuman. pentingnya keikhlasan semasa berjabat tangan, kerana melalui berjabat tangan, ia akan turun ke hati dan ke otak, sehingga akan mewujudkan satu perasaan kasih sayang, saling menyayangi dan menghormati yang akan membawa kepada keharmonian.
2. Komunikasi - iaitu secara verbal dan non-verbal. komunikasi sama ada secara lisan atau gaya badan. komunikasi dikatakan berkesan apabila mendapat reaksi yang positif daripada pendengar. reaksi yang positif seperti renungan mata, gaya badan, dan lain-lain. sekiranya komunikasi dilihat tidak berkesan dan gagal, kita perlu berhenti daripada terus berkomunikasi kerana ia akan dianggap emmbuang masa. komunikasi ini penting untuk mewujudkan dan memupuk semangat kekitaan di dalam bekerja terutama di dalam satu institusi atau irganisasi.
3. Keserasian - keserasian perlu dicari dan dipupuk terutama dalam melakukan dan mewujudkan sesuatu hubungan sama ada hubungan di antara rakan sekerja, hubungan di antara ibu bapa, hubungan di antara suami isteri dan lain-lain. keserasian perlu bagi mewujudkan hubungan yang berjaya dan kejayaan atau kegagalan di dalam mewujudkan keserasian amat penting bagi menjalinkan hubungan yang erat dalam jangka masa yang panjang.
sekian... semoga segala amanat yang diperkatakan akan digunakan dengan sebaik mungkin.. amin