2 Disember 2012

Pembukaan Taska

insyaALLAH sekiranya apa yang dirancangkan berjaya... pertengahan tahun disember 2012, pembukaan TASKA MIMI secara rasmi akan dilakukan... sekarang dalam proses mencari permis atau kediaman... dan lokasi TASKA MIMI masih di dalam proses.. entah mahu kawasan KB atau K KRAI... kena tengok kuasa beli dahulu...

rakan-rakan, tolong doakan saya... semoga saya bakal bergelar pengusaha TADIKA yang berjaya menghasilkan anak bangsa yang akan mengharumkan nama negara dan menjadi kebanggaan negara.. amin

Tanah, Air, Api, Angin

kata orang-orang tua, ingin mencari pasangan perlu melihat status di atas... kadang-kadang petua orang tua ini masih diguna pakai pada zaman yang serba moden...

1. TANAH - anak sulong atau anak pertama diketegorikan sebagai tanah. tanah sifatnya adalah seimbang dari segi sejuk dan marah... 50% sejuk dan 50% marah..

2. AIR - anak kedua. kategori ini dikatakan sebagai pelembut, sukar untuk marah dan mungkin tidak pernah marah. kategori ini penyejuk mata hati.

3. API - anak ke tiga dalam adik beradik. kategori ini mudah marah dan cepat melatah. sukar untuk dibentuk sekiranya marah.kategori ini tergolong dalam kategori bahaya

4. ANGIN - anak ke empat di mana kadang-kadang "angin sepoi-sepoi bahasa". namun, kadang-kadang "angin puting beliung" yang sukar untuk dikawal..

jadi.. dimanakah anda!!! tepukd dada, tanya lah hati.. betul atau tidak, wallahhualam..

Perhimpunan Pagi

D i pejabat, pada setiap hari Ahad, akan diadakan PERHIMPUNAN PAGI untuk semua kakitangan... jadi hari ini pada 2 dis 2012 (hari ahad), perhimpunan pagi telah diadakan...

banyak maklumat dan informasi yang kami dapat... hari ini tuan pegawai telah membincangkan dan memberi informasi mengenai 3 perkara. jom kita jelajah 3 perkara tersebut:-

1. Berjabat Salam - mengamalkan berjabat salam setiap hari bagu tujuan untuk mengeratkan hubungan dikalangan kakitangan. malah, di rumah juga digalakkan berjabat tangan bersama keluarga. namun, terdapat pelbagai cara berjabat tangan iaitu dengan ikhlas atau tidak. ikhlas apabila berjabat tangan dengan menggunakan ekdua-dua belah tangan, menggenggam dengan erat, mata saling bertaut dan dengan menghadiahkan sebuah senyuman. tidak ikhlas apabila berjabat tangan dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja, tanpa mata bertaut dan tanpa senyuman. pentingnya keikhlasan semasa berjabat tangan, kerana melalui berjabat tangan, ia akan turun ke hati dan ke otak, sehingga akan mewujudkan satu perasaan kasih sayang, saling menyayangi dan menghormati yang akan membawa kepada keharmonian.

2. Komunikasi - iaitu secara verbal dan non-verbal. komunikasi sama ada secara lisan atau gaya badan. komunikasi dikatakan berkesan apabila mendapat reaksi yang positif daripada pendengar. reaksi yang positif seperti renungan mata, gaya badan, dan lain-lain. sekiranya komunikasi dilihat tidak berkesan dan gagal, kita perlu berhenti daripada terus berkomunikasi kerana ia akan dianggap emmbuang masa. komunikasi ini penting untuk mewujudkan dan memupuk semangat kekitaan di dalam bekerja terutama di dalam satu institusi atau irganisasi.

3. Keserasian - keserasian perlu dicari dan dipupuk terutama dalam melakukan dan mewujudkan sesuatu hubungan sama ada hubungan di antara rakan sekerja, hubungan di antara ibu bapa, hubungan di antara suami isteri dan lain-lain. keserasian perlu bagi mewujudkan hubungan yang berjaya dan kejayaan atau kegagalan di dalam mewujudkan keserasian amat penting bagi menjalinkan hubungan yang erat dalam jangka masa yang panjang.

sekian... semoga segala amanat yang diperkatakan akan digunakan dengan sebaik mungkin.. amin