kata orang-orang tua, ingin mencari pasangan perlu melihat status di atas... kadang-kadang petua orang tua ini masih diguna pakai pada zaman yang serba moden...
1. TANAH - anak sulong atau anak pertama diketegorikan sebagai tanah. tanah sifatnya adalah seimbang dari segi sejuk dan marah... 50% sejuk dan 50% marah..
2. AIR - anak kedua. kategori ini dikatakan sebagai pelembut, sukar untuk marah dan mungkin tidak pernah marah. kategori ini penyejuk mata hati.
3. API - anak ke tiga dalam adik beradik. kategori ini mudah marah dan cepat melatah. sukar untuk dibentuk sekiranya marah.kategori ini tergolong dalam kategori bahaya
4. ANGIN - anak ke empat di mana kadang-kadang "angin sepoi-sepoi bahasa". namun, kadang-kadang "angin puting beliung" yang sukar untuk dikawal..
jadi.. dimanakah anda!!! tepukd dada, tanya lah hati.. betul atau tidak, wallahhualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan