Allahyarham
 Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan 
bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda 
Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau 
meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak 
masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan 
dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam 
ini.
Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal
 dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan 
meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak 
lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg 
Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor 
Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau 
meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua 
orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di 
Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota 
Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.
Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA 
Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti 
Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang
 masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan 
disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari 
Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang 
masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. 
Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas,
 Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
 Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, 
Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan 
Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. 
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas,
 Tawau.
Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh 
rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari 
rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama,
 bangsa dan negara..!
nota kaki: salam takziah..al-fatihah.. 

 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan