lama betul tidak mencoret sepatah dua kata di dalam laman Blog saya...sekarang tengah sibuk dengan penulisan-penulisan...sebenarnya saya telah menghasilkan 2 cerpen pendek yang akan di hantar ke majalah-majalah tempatan...karangkraf InsyaAllah...semoga cerpen saya diterima...amin...
tajuk cerpen saya " KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH" dan satu cerpen lagi masih belum diberikan tajuk...
sebenarnya minat menulis memang sejk dibangku sekolah lagi...saya masih ingat, semasa sekolah rendah, saya suka menulis cerpen Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan hantar pada majalah sekolah...masa itu, memang gembira apabila cerpen atau coretan yang dihantar, diterbitkan oleh pihak sekolah...BANGGA!
masuk sekolah menengah, saya menulis cerpin dan coretan di dalam buku untuk simpanan sahaja...dan buku tersebut pun saya sudah lupa di mana letaknya :(
masuk tingkatan enam, saya kembali aktif dan telah mengetai PENULISAN PERINGKAT KEBANGSAAN...dan hanya mendapat saguhati sahaja...tajuk penulisan saya "MENJANA TENAGA DIPERBAHARUI"... dapat sijil sahaja..tapi sudah memuaskan hati saya...
dan semasa waktu belajar di universiti, saya langsung tidak sempat menulis cerpen...pada masa tersebut, hanya asemen, kajian kursus, penulisan ilmiah sahaja menjadi peneman saya...tesis saya tidak lakukan kerana kursus yang saya ambil, hanya boleh buat tesis dengan syarat perlu berada di tempat kajian yang akan dilakukan...so, jika tesis tentang negara China, perlu ke China la jawab nya... biasa la, kos tak cukup :)
setelah bekerja, tiba-tiba perasaan dan keinginan untuk menulis kembali semula...mungkin kerana terdapat masa yang etrluang dan tambahan pula, sekarang saya mengambil upah buat asemen untuk pelajar-pelajar yang malas(jangan marah)..hihihi...(pelajar tak marah, tapi pensyarah tentu marah nie)..hihihi...
hampir berpuluh-puluh asemen berjaya disiapkan dalam tempoh lima bulan ini, terasa keinginan untuk menulis semakin membuak-buak...akhirnya, tanpa menoleh kebelangan, saya teruskan niat ini, walaupun kadang-kadang berlaku kekangan masa...
rakan-rakan, doakan saya berjaya yer...insyaAllah mana lah tahu nama saya setanding dengan penulis novelis yang terkenal...AHADIAT AKHASHAH...AISYA SOFEA...dan lain-lain...
ok, wish good luck for me!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan