HASIL TULISAN ASAL: MIMI HAMIZA IBRAHIM
1.0
PENGENALAN
Dadah
atau drug dalam bahasa Inggeris
lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadal ialah
ianya selalu disalahguna atau “misuse” dan “abuse” (Mohamad Samad, 2008).
Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara
khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran, istilah “khamar” yang diharamkan
digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran.
Oleh yang demikian, dadah boleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis
“khamar” kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan dan menyebabkan penagihan
dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran (Syed
Arabi Idid, 2007).
Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia
yang psikoaktif, sama ada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke
dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah
fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental
(Mohamad Samad, 2008).
Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah seperti
kokain, ganja, heroin, syabu dan ectasy
dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana mengharamkan penanaman, pengeluaran,
pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah tersebut yang
di ambil untuk mengubah perasaan dan fikiran masyarakat dan juga dikenali
sebagai dadah yang disalahguna (Abdul Halim, 2010).
Penyalahgunaan dadah melibatkan
perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan.
Kebiasaannya penggunaan dadah secara berlebihan akan mendatangkan perasaan
gembira yang tidak terhingga dan ketagihan dadah juga bertujuan melarikan diri
daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan kehidupan
seharian setiap individu terganggu. Penagih dadah lebih cenderung menggunakan
dadah secara berterusan walaupun berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
serta sering terlibat dengan masalah perundangan dan meletakkan diri mereka
dalam situasi yang berbahaya (Heppner et al, 2009).
2.0
PERBINCANGAN
DAN PEMAHAMAN MENGENAI PENAGIHAN DADAH DI MALAYSIA
Gejala
penyalahgunaan dadah dikalangan masyarakat di Malaysia semakin serius dan tidak
dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana dadah yang pada asalnya menjadi
ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya melainkan jika ia tidak
disalahgunakan (Abdul Halim, 2010).
Menurut laporan dan statistik
daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang di kesan di Malaysia bagi
tempoh Januari hingga Jun 2013 menunjukkan negeri Perak merupakan negeri yang
mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 597 orang atau 15.78%.
Manakala, negeri Selangor merekodkan bilangan penagih dadah kedua tertinggi
iaitu seramai 596 orang. Bagi negeri di bayah bayu iaitu Wilayah Persekutuan
Labuan dan Sabah mencatat jumlah penagih dadah paling rendah iaitu sebanyak
0.00% dan 0.05% bagi tempoh tersebut (AADK, 2013).
Penagih dadah di Malaysia menunjukkan kaum Melayu
mencatatkan bilangan penagih tertinggi iaitu seramai 3,028 orang atau 80.04%. Manakala, diikuti oleh kaum
India sebanyak 447 orang atau 11.82% dan kaum Cina pula sebanyak 272 orang atau
7.19% sahaja. Manakala, kaum pribumi Sabah telah mencatatkan jumlah yang paling
sedikit iaitu sebanyak 7 orang atau 0.19% (AADK, 2013).
Statistik
penyalahgunaan dadah dilihat dari aspek jantina di mana, seramai 3,715 orang
iaitu 98.20% penagih lelaki di kesan dalam tempoh tersebut dan 68 orang iaitu
1.80% adalah melibatkan penagih wanita. Berdasarkan laporan AADK menunjukkan
golongan belia merupakan golongan yang paling ramai terdedah dengan risiko
penagihan dadah atau penyalahgunaan dadah. Ini dapat dibuktikan melalui
perangkaan majorti penagih belia yang dikesan iaitu seramai 2,663 orang atau
70.47% belia yang berumur antara 19 hingga 39 tahun. Manakala, golongan dewasa yang
berumur di anatara 40 hingga 50 tahun ke atas mencatat jumlah sebanyak 977
orang iaitu 25.85% dan diikuti golonga remaja yang berumur 13 hingga 18 tahun
sebanyak 139 orang iaitu 3.68% (AADK, 2013).
Penyalahgunaan dadah juga turut melibatkan golongan
yang mempunyai pekerjaan di mana statistik menunjukkan penagih dalam sektor
buruh am mencatatkan bilangan tertinggi bagi penagih yang bekerja iaitu 1,012
orang iaitu 26.75% dan diikuti dengan sektor perkhidmatan serta pertanian dan
perikanan iaitu sebanyak 525 orang atau 13.88% serta 479 orang atau 12.66%.
Manakala, bagi penagih yang tidak bekerja iaitu penganggur mencatatkan jumlah
sebanyak 345 orang iaitu 9.12%. Namun, sektor perkeranian mencatatkan jumlah
yang sedikit iaitu 6 orang iaitu 0.16% sahaja. Majoriti penagih yang di kesan
di Malaysia menunjukkan bahawa 1,570 orang atau 41.82% adalah mereka yang
sekurang-kurangnya mempunyai tahap pendidikan tamat tingkatan tiga iaitu LCE,
Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan diikuti
1,351 orang atau 35.99% yang mempunyai tahap pendidikan MCE, Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Manakala,
bilangan yang paling rendah terlibat dalam penyalahgunaan dadah ialah mereka
yang mempunyai tahap pendidikan peringkat ijazah iaitu sebanyak 6 orang atau
0.16% sahaja (AADK, 2013).
Terdapat beberapa faktor penagih
yang di kesan terjebak dengan penagihan dadah, namun faktor utama dilihat
adalah daripada pengaruh rakan sebaya dan sikap diri sendiri. Keadaan ini dapat
dilihat melalui statistik AADK di mana pengaruh kawan iaitu sebanyak 1,487
orang iaitu 41.61%, diikuti dengan perasaan ingin tahu sebanyak 689 orang iaitu
19.28% dan untuk tujuan mencapai keseronokan sebanyak 614 orang iaitu 17.18%. Manakala,
faktor-faktor yang lain seperti tekanan jiwa mencatat sebanyak 290 orang atau
8.11%, rangsangan sebanyak 42 orang atau 1.18% serta secara tidak sengaja
sebanyak 9 orang iaitu 0.25% (AADK, 2013).
Terdapat beribu-ribu jenis dadah diseluruh dunia yang
digunakan oleh lebih 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan antaranya dadah
analgesik seperti aspirin, asetaminofen, morfina, heroin dan kodeina. Manakala,
dadah rekreasi seperti alkohol, nikotin,
kafeina, kanabis, kokaina dan inhalan serta jenis dadah penggalak prestasi pula
seperti amfetamin, efedrina dan steroid anabolik. Tanpa disedari, semua masyarakat
di dunia telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam kehidupan antaranya ubat-ubatan
seperti paracetamol dan antibiotik yang membantu menyembuhkan sekiranya tidak
sihat. Manakala, teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan
yang dikenali sebagai kafein. Akan tetapi jenis dadah ini tidak mengakibatkan
ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara (Mohamad
Samad, 2008). Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di
sisi undang-undang.
Menurut laporan AADK bagi tempoh Januari hingga Jun
2013, jenis dadah yang paling banyak digunakan oleh penagih adalah jenis heroin
iaitu seramai 1,742 orang atau 46.05%, diikuti morfin seramai 1,172 orang atau
30.98% dan ganja seramai 582 orang atau 15.38%. Manakala, seramai 286 orang
atau 7.56% dikesan menggunakan dadah Amphetamine
type stimulants (ATS) iaitu dadah
sintetik yang terdiri daripada methamphetamine
iaitu syabu, pil ectasy dan amphetamine (AADK, 2013).
Terdapat beberapa cara penggunaan
dadah yang telah digunakan oleh penagih dadah seperti menggunakan dadah secara chase iaitu menghidu asap hasil daripada
ramuan dadah yang telah di masak atas dapur khas, diikuti dengan cara
menghisap, suntikan dan menelan. Contohnya, menurut statistik AADK bagi tempoh
Januari hingga Jun 2013 menunjukkan seramai 3,048 orang iaitu 80.57% penagih
dadah telah menggunakan cara chase dan diikuti seramai 574 orang
iaitu 15.17% dengan menggunakan cara hisap, 85 orang iaitu 2.25% menggunakan
cara telan serta 76 orang atau 2.01% menggunakan cara suntikan (AADK, 2013).
Namun begitu, pelbagai usaha dan langkah-langkah
telah di ambil oleh kerajaan bagi membendung masalah ini semakin berleluasa. Antara
langkah-langkah yang telah di ambil oleh kerajaan ialah dengan mengadakan
kempen kepada golongan atau kumpulan yang sering menjadi sasaran para penjual
dadah. Selain itu, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat di mana mengelakkan
daripada melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan diri sendiri, berehat
daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan, mengamalkan senaman
ringan, sentiasa berfikiran positif dan menjaga kebersihan dari segi mental dan
fizikal melalui ajaran agama masing-masing. Media massa juga memainkan peranan
penting seperti menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelenggu
oleh dadah dipaparkan di majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai. Selain itu
juga, melalui pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) iaitu dengan memperkenalkan Skim Lencana Antidadah, ceramah dan
pameran anti dadah, kaunseling kelompok dan individu, program motivasi dan
seminar pendidikan keibubapaan. Keadaan ini dilihat banyak membantu kerajaan
untuk membendung masalah penyalahgunaan dadah (Angel, 2013).
Contohnya, laporan dan statistik daripada Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang di kesan di Malaysia bagi tempoh Januari
hingga Jun 2013 menunjukkan seramai 3,783 orang penagih telah di kesan dan
menunjukkan penurunan sebanyak 20.53% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2012
iaitu seramai 4,760 orang (AADK, 2013).
3.0
KENALPASTI
CABARAN MERAWAT PENAGIH DADAH DI MALAYSIA
Terdapat
beberapa cabaran dalam merawat penagih dadah di Malaysia iaitu cabaran yang
pertama ialah masalah penyeludupan dan pengedaran dadah yang masih belum dapat
dibanteras sepenuhnya. Usaha dan tindakan penguatkuasa undang-undang terbukti
masih belum dapat mengurangkan masalah pengedaran dadah di negara ini. Keadaan
ini mengakibatkan bekalan dadah semakin meningkat di pasaran dan seterusnya
memburukkan lagi masalah penagihan. Malaysia merupakan negara yang berkedudukan
strategik kepada penyeludup dan pengedar dadah di peringkat antarabangsa
(Mohamad Samad, 2008). Contohnya, dalam senario pengedaran dadah antarabangsa,
Malaysia telah lama digunakan oleh sindiket-sindiket pengedaran dadah sebagai
negara transit kerana kedudukan Malaysia di laluan antarabangsa dari kawasan
pengeluar candu “Golden Triangle” ke Australia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Malah, Malaysia juga sempadan darat dengan Thailand yang telah menjadi saluran
utama pengedaran dadah dan Malaysia juga bersempadan dengan semua negara ASEAN
yang sesetengah daripadanya merupakan negara pengeluar dadah yang besar.
Malaysia juga mempunyai garisan pantai yang panjang dan terdedah serta mempunyai
sistem komunikasi yang baik. Pendekatan yang perlu di ambil bagi menangani
masalah ini ialah kerajaan perlu memperketatkan undang-undang yang sedia ada
terhadap mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dengan aktiviti atau jenayah pengedaran dan penyeludupan dadah seperti
mengenakan hukumn yang berat seperti memanjangkan tempoh tahanan, mengenakan
hukuman sebat atau lain-lain dengan tujuan untuk memberi pengajaran kepada
pihak yang terlibat (Angel, 2013).
Cabaran ke dua ialah kurangnya
sistem sokongan sosial atau social
support system untuk membantu penagih terutama semasa menjalani pemulihan
dalam komuniti. Sokongan sosial yang lemah tidak dapat membantu penagih
menghindari relapse atau mengamalkan
gaya hidup sihat. Contohnya, persepsi dan sikap masyarakat untuk terlibat dan
komited dalam memerangi masalah dadah bukan satu tugas yang mudah, malahan
sering mendapat respon dan tanggapan yang negatif. Sikap tidak prihatin, stigma
negatif, sejeksi sosial dan sebagainya. Kesannya, akan menyulitkan usaha dan
tindakan antidadah secara kolektif dalam masyarakat. Menyedari betapa
pentingnya sokongan sosial yang tinggi untuk membantu penagih, usaha untuk
mewujudkan sistem sokongan yang mantap dalam komuniti melalui penglibatan
Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu diberikan perhatian sewajarnya (Angel,
2013).
Cabaran ke tiga ialah masalah
penagih yang dijangkiti pelbagai penyakit kronik dan psikiatri juga merupakan
cabaran penting yang perlu diberi perhatian serius. Penagih kategori ini
memerlukan dual diagnosis iaitu bukan
sahaja rawatan dan pemulihan terhadap masalah ketagihannya terhadap dadah
tetapi dalam masa yang sama memerlukan jagaan dan rawatan perubatan atau
psikiatri daripada pakar perubatan dan pakar perubatan psikiatri. Tumpuan yang
berlebihan terhadap masalah ini akan mengurangkan perhatian terhadap masalah
penagihan yang sebenarnya perlu diberikan perhatian dan keutamaan. Contohnya,
penagih dadah yang mengalami masalah penyakit kronik seperti Aids atau HIV di
mana memerlukan penjagaan dan rawatan rapi oleh pakar perubatan terutama
pengambilan ubat-ubatan bagi mencegah penyakit ini daripada terus merebak.
Kesannya, pakar perubatan perlu memberikan lebih perhatian terhadap penyakit
yang dihadapi oleh penagih dan terpaksa melupakan untuk sementara waktu
mengenai proses pemulihan sehingga keadaan penagih stabil dan baik. Oleh itu,
pendekatan perlu dilakukan agar masalah ini dapat dielakkan antaranya dengan melantik
dan menambah tenaga kerja dan ditempakan di pusat-pusat rawatan atau pemulihan
(Abdul Halim, 2010).
Cabaran ke empat ialah kekurangan
tenaga kerja mahir dalam bidang pemulihan dadah mempunyai hubungkait dengan
kurangnya keberkesanan program rawatan dan pemulihan yang dijalankan. Masalah
ini mengakibatkan program pemulihan tidak dapat dijalankan dengan secara
profesional untuk membantu penagih meninggalkan tabiat penagihan, mengekalkan
kepulihan dan seterusnya mempraktiskan gaya hidup sihat tanpa dadah sebagai
program kepulihan secara berterusan (Abdul Halim, 2010). Contohnya, dari segi
kemahiran tenaga kerja, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agak terbatas dari
segi bilangan tenaga kerja terlatih terutama di bahagian klinikal. Sebilangan
besar staf klinikal yang terlibat secara langsung dengan program rawatan dan
pemulihan tidak mempunyai kepakaran yang secukupnya. Akibatnya, ia membataskan
keberkesanan dari segi deliverables.
Oleh itu, pendekatan yang perlu di ambil untuk menangani masalah ini di mana
dalam konteks seruan kerajaan supaya penumpuan diberikan kepada aktiviti
R&P, kemahiran dan kepakaran staf klinikal perlulah diusahakan agar mereka
dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan (AADK, 2013).
4.0
PERANAN
PENTING DAN TANGGUNGJAWAB MENTAL HEALTH
NURSES DALAM MEMBASMI STIGMA PENYAKIT DAN PROGRAM PEMULIHAN
4.1
Peranan penting dan tanggungjawab Mental Health Nurses dalam membasmi
stigma penyakit iaitu menyediakan bantuan fizikal dan sokongan emosi yang praktik
kepada pesakit. Tujuan agar penagih tabah dalam mengharungi kehidupan kerana
penagih berhadapan dengan kesukaran dalam mengharungi kehidupan yang sangat
mencabar bersama-sama masyarakat. Ini kerana, stigma terhadap penagih dadah
beranggapan golongan penagih tiada harapan untuk sembuh dan ibu bapa tidak
membenarkan anak-anak mereka bergaul dengan penagih dadah. Contohnya, Mental Health Nurses telah memberikan
kata-kata semangat, kasih sayang, teguran dan nasihat kepada penagih agar tabah
dalam menjalani kehidupan ekoran kecaman dan pandangan yang pelbagai daripada
masyarakat disekeliling (Abdul Halim, 2010).
4.2
Peranan penting dan tanggungjawab Mental Health Nurses dalam membasmi
stigma penyakit iaitu penyampaian secara lisan kepada ahli keluarga penagih
sama ada secara formal atau tidak formal. Ini bertujuan agar keluarga dapat
menerima penagih dadah dan tidak menyingkirkan penagih ekoran bimbang terhadap
pandangan negatif masyarakat terhadap keluarga yang mempunyai ahli keluarga
seorang penagih. Ini kerana, stigma terhadap penagih dadah di mana keluarga
yang mempunyai ahli keluarga seorang penagih dadah akan dipandang serong oleh
keluarga dan ini akan menjatuhkan maruah keluarga serta keluarga akan mendapat
malu (Abdul Halim, 2010). Contohnya, dengan mewujudkan hubungan interpersonal antara Mental Health Nurses dengan keluarga
penagih dadah melalui komunikasi. Komunikasi
sama ada secara lisan, bahasa badan dan sebagainya. Mental Health Nurses perlu
peka dan prihatin keperluan yang diperlukan oleh keluarga penagih dadah. Ia
penting kerana keluarga penagih dadah berada dalam persekitaran yang sangat
tertekan (Mohamad Samad, 2008).
4.3
Peranan penting dan tanggungjawab Mental Health Nurses dalam membasmi
stigma penyakit melalui aktiviti penyertaan iaitu aktiviti yang menggalakkan
penyertaan dan interaksi kumpulan sasar secara aktif. Mental Health Nurses menggunakan penceramah jemputan, tayangan video,
kes kajian atau petikan daripada rencana. Penyertaan ini antara Mental Health Nurses bersama badan-badan
atau organisasi-orgsnisasi yang lain sama ada badan kerajaan atau bukan
kerajaan (NGO) bersama penagih dan masyarakat. Ini kerana, stigma terhadap
penagih dadah di mana masyarakat menyamakan penagih dadah dengan penjenayah.
Ini kerana penagih dadah akan melakukan jenayah seperti merompak dan membunuh
sekiranya tidak mempunyai wang untuk membeli dadah. Oleh itu, penagih dadah
dianggap sebagai sampah masyarakat yang perlu dikurung dan dihukum (Mohamad
Samad, 2008). Contohnya, Mental Health
Nurses bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah bekerjasama dengan
membuat taklimat, kursus, seminar, motivasi, berkongsi pengalaman dan pameran
kepada masyarakat tentang penagihan dadah. Melalui program ini, akan memberi
kesedaran terhadap masyarakat mengenai peranan yang boleh dan perlu dilakukan
untuk membantu penagih dadah kembali ke jalan sebenar (Abdul Halim, 2010).
4.4
Peranan penting dan tanggungjawab Mental Health Nurses dalam membasmi
stigma penyakit iaitu melalui aktiviti penyayang di mana aktiviti ini
melibatkan ahli masyarakat dan pemimpin untuk mewujudkan perpaduan, saling
mempercayai dan menyokong antara satu dengan lain. Ia merupakan usaha yang berbaloi
bagi menolak wujudnya diskriminasi terhadap penagih kerana aktiviti penyayang
ini menyenai kasih sayang dan sokongan menaikkan status individu dan mewujudkan
masyarakat penyayang, berperikemanusiaan sejajar dengan kehendak agama dan
negara. Ini kerana, stigma terhadap penagih dadah di mana masyarakat menganggap
“masalah ini bukan masalah kita tetapi masalah orang lain” hanya keranan tiada
ahli keluarga mereka yang hadapi atau terlibat dengan masalah penagihan dadah.
Maka, masyarakat akan merasa selesa, sedangkan jika masalah ini dibiarkan ia
boleh menjadi semakin rumit dan kebarangkalian menjangkiti anak-anak mereka
serta generasi akan datang adalah sangat tinggi (Mohamad Samad, 2008).
Contohnya, Mental Health Nurses telah
mengadakan program atau aktiviti di pusat-pusat yang menjadi tumpuan masyarakat
iaitu masjid, sekolah dan universiti serta di jabatan-jabatan kerajaan dan
swasta untuk menyebarkan kesedaran mengenai penagih dadah. Malah, lawatan dari
rumah ke rumah juga dilakukan bagi menunjukkan sokongan antara satu sama lain
(Abdul Halim, 2010).
5.0
KESIMPULAN
Memandangkan
penyalahgunaan dadah dan penagihan dadah ialah masalah bersama masyarakat, maka
sewajarnya semua anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing untuk
membasminya. Ia boleh dimulakan di rumah dan di bangku sekolah bersama dengan
pengawalan anggota keluarga dan pihak sekolah yang mencakupi penggunaan masa,
pergaulan dan lain-lain lagi.
Seterusnya, selain penguatkuasaan undang-undang yang
ketat oleh kerajaan, pemulihan juga adalah satu alternatif untuk mengurangkan
kadar pengagihan dan pengambilan semula dadah. Anggota masyarakat perlu juga
sedia menerima mereka yang sudah insaf akan kesalahan mereka.
Pendek kata, pengawalan adalah lebih baik daripada
pengubatan. Lebih tumpuan haruslah diberikan kepada aspek pendidikan dan
kesedaran masyarakat terhadap penyalahgunaan dadah melalui pendidikan secara
formal di sekolah, kempen-kempen dari semasa ke semasa dan media massa. Dengan
demikian, kita boleh menghalang pengihan dadah dari terus berakar umbi.
Oleh itu, penyalahgunaan dadah merupakan maslaah
sejagat dan harus dibendung dengan segera terutamanya dalam kalangan belia. Ini
kerana golongan ini dianggap sebagai pemimpin pada masa depan, namun lebih
banyak cenderung kepada gejala ini. Masalah ini jika tidak dibendung akan
menyebabkan kepimpinan negara akan mundur. Telah timbul pelbagai persepsi
bahawa negara Malaysia telah gagal menguruskan masalah pengagihan dadah akibat
peningkatan jumlah penagihan dadah dari tahun ke tahun. Oleh yang demikian,
hasrat kerajaan untuk menilai semula program-program pemulihan yang sedia ada
amat dialu-alukan. Malah, matlamat kerajaan untuk memastikan negara mencapai
matlamat negara sifar dadah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara bebas dadah menjelang tahun
2015 akan berjaya jika diusahakan oleh seluruh rakyat Malaysia secara
bersama-sama.