heboh tentang kehilangan budak lelaki kat villa nabila..wlp kesudahannya, remaja tersebut tlh dijumpai, namun lain pula ceritanya..**abaikan tntg remaja yg hilang sbb jwpn kehilangan di jumpai di rumah teman wanita...
namun, kesan nya ke atas VILLA NABILA..tiba2 villa ini menjadi popular dan masing2 ingin melawat tempat tersebut... jom kita terjah Sejarah Villa Nabila (drpd sumber2 yg blh dipercayai).
*************
Banyak
cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak
dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik
kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya
satu per satu.
Versi #1
–
Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa
ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak
diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal
mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu
mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah
untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh
dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2
–
Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari,
banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut
dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3
–
Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan
kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4
–
Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada
satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada
dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Versi #5
–
Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri
seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa
tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang
adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah
dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan
adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah
mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami
tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu
mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain
selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang
samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan
sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut
dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Menurut orang yang pernah ke
jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu
gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit
tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang
villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah
cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi
tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada
termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut
mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang
diceritakan orang dari mulut ke mulut.
Versi #6 -
Macam
biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang
menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku
dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu
yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi
bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang.
Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok.
Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat
kawasan hutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan