25 November 2013

PERSEKITARAN MICRO


     HASIL TULISAN ASAL : MIMI HAMIZA IBRAHIM


                       PENGENALAN

Memahami persekitaran mikro di dalam menguruskan sesuatu perniagaan atau organisasi adalah sangat penting dan ia akan menentukan kejayaan dan mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan. Persekitaran mikro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang di buat untuk jangkamasa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal (Armstrong & Kotler, 2011). Persekitaran mikro boleh mempengaruhi operasi organisasi secara langsung serta mendatangkan kesan yang lebih cepat. Malah, persekitaran ini juga boleh memberikan peluang atau ancaman kepada syarikat atau organisasi (Kotha & Nair, 1995). Walaupun agak sukar dan tidak berkemampuan bagi usahawan untuk mengawal persekitaran yang ada, namun sudah mencukupi sekiranya semua usahawan memahami elemen-elemen persekitaran tersebut. Dunia perniagaan mempunyai lima elemen persekitaran mikro yang terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua peniagaan iaitu pengguna atau customer, pesaing atau competitors, pembekal atau suppliers, institusi kewangan, organisasi bukan kerajaan atau NGO serta agensi kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan (Mily, 2011).
Organisasi yang dipilih adalah syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia bagi melihat kesan persekitaran mikro terhadap sesebuah organisasi atau syarikat. AirAsia ditubuhkan pada 20 Disember 1993 dan mula beroperasi pada 18 November 1996. AirAsia berpengkalan di Malaysia dan merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang pertama di Asia. Syarikat penerbangan gabungan AirAsia ialah Thai AirAsia, AirAsia Philippines dan AirAsia Japan mempunyai hab masing-masing di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Pejabat berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya, Selangor, manakala, ibu pejabatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Goh Thean Eu, 2013).
 Ia pada awalnya diasaskan oleh syarikat kepunyaan kerajaan iaitu DRB-HICOM. Pada 2 Disember 2001, syarikat yang dibebani dengan hutang yang amat banyak telah di ambil alih oleh Tony Fernandes melalui syarikatnya iaitu Tune Air Sdn Bhd. Beliau merupakan bekas eksekutif syarikat Tune Warner. Tune Air Sdn Bhd adalah nama yang diguna pakai selepas Tony mengambil alih pada harga token RM 1.00. Sejak di ambil alih, Air Asia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah serta bersaing sengit dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain termasuklah Malaysian Airline Sdn Bhd (MAS). Hanya dalam masa satu tahun sahaja, Tony Fernandes telah berjaya menyelesaikan masalah beban hutang syarikat. Beliau telah berjaya membaiki prestasi Airasia dan merekod keuntungan (Goh Thean Eu, 2013).
Operasi pertama yang dilancarkan oleh AirAsia ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pada awalnya, AirAsia memperkenalkan banyak laluan penerbangan yang baru dengan tawaran harga yang amat murah. Kemudian, pada tahun 2003, operasi kedua dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor yang berdekatan dengan Singapura dan melancarkan penerbangan antarabangsa pertama ke Bangkok (Kurlantzick, 2010). Tony Fernandes merupakan tokoh yang amat berwibawa dalam menentukan nama Airasia kekal berjaya di Asia dan mula menempah nama di rantau lain (Mohd Radzi Abdul hamid, 2012).     
Secara amnya, Airasia berjaya mencatatkan kejayaan demi kejayaan kerana mengamalkan system pengurusan kos yang efektif. Slogan yang digunakan oleh Airasia ialah “The More You Give, The More You Will Get”. Dengan berpaksikan tambang rendah yang mampu di bayar oleh sesiapa sahaja menyebabkan khidmat Airasia mendapat permintaan yang tinggi. Tujuan utama Airasia ditubuhkan ialah untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan yang mampu digunakan oleh semua lapisan pengguna. Justeru itu, kos yang murah, kekerapan jadual penerbangan, lokasi yang menarik dan perjalanan yang mudah , selesa dan menyeronokkan menjadi landasan utama perniagaan Airasia. Antara lokasi-lokasi singgahan ialah lokasi-lokasi utama di Malaysia, Bangkok, Thailand, Singapura, Filipina dan China (Macau dan Xiamen) (Mohd Radzi Abdul hamid, 2012).
Dalam bulan Ogos 2003, Airasia menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang memperkenalkan penempahan melalui SMS yang membolehkan penumpang untuk menempah tempat duduk, memeriksa jadual penerbangan dan mendapatkan berita promosi terkini dengan menggunakan telefon bimbit. Airasia juga telah memperkenalkan GO Holiday, program online syarikat penerbangan ini yang membenarkan penumpang untuk menempah pakej percutian secara online (Kurlantzick, 2010).  
Visi AirAsia ialah menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang kini tidak mendapat perkhidmatan yang sempurna kerana kurang mendapat sambutan serta tambang yang tinggi. Misi AirAsia ialah pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik untuk bekerja, mencipta jenama ASEAN yang dikenali dunia, mencapai kos terendah yang menjadikan sesiapa pun boleh terbang dengan AirAsia serta mengekalkan produk berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi mengurangkan kos dan menambah tahap perkhidmatan. Nilai yang diutamakan oleh AirAsia ialah mengutamakan keselamatan, penggunaan pesawat secara maksimum, tambang rendah dan tidak berlebihan, operasi lebih cekap, sistem pengedaran lebih luas dan inovatif serta jaringan point ke point (Mohd Radzi Abdul hamid, 2012).                                           

2.0              UNSUR-UNSUR PERSEKITARAN MIKRO

2.1              Unsur-unsur persekitaran mikro iaitu pelanggan di mana pengguna atau customers yang membeli barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Pelanggan merupakan kumpulan yang menjadi sasaran utama para pengusaha organisasi atau syarikat. Pelanggan dianggap “raja” kerana tiada pelanggan, tiadalah perniagaan. Klasifikasi pelanggan terdiri daripada individu dan kelompok masyarakat sama ada di sekolah, universiti, hospital atau pejabat kerajaan. Selain itu, organisasi atau syarikat lain juga boleh menjadi pelanggan kepada organisasi yang lain serta pelanggan oleh terdiri daripada dalam negara atau luar negara. Contohnya, pasaran pelanggan bagi syarikat penerbangan AirAsia juga terdiri daripada pelanggan yang berada di luar negara seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan sebagainya (Siti Aminah, 2010).
2.2              Kedua, pembekal atau suppliers iaitu individu atau kumpulan yang menyalurkan input kepada organisasi atau usahawan seperti bahan mentah, peralatan, mesin dan lain-lain. Pembekal yang baik akan menawarkan kepada pengusaha atau organisasi bahan yang berkualiti, harga yang rendah, penghantaran pada masa yang tepat serta tempoh bayaran yang lebih lama dan reliable. Contohnya, AirAsia Bhd membuka peluang kepada syarikat makanan dan minuman (F&B) tempatan untuk menjadi pembekal makanan kepada penumpang penerbangannya. Kini AirAsia menawarkan kira-kira 20 pilihan makanan dalam penerbangan dihasilkan oleh pembekal tempatan (Che Wan Badrul Alias, 2013).
2.3              Ketiga, kerajaan atau agensi yang terlibat di mana mempengaruhi aktiviti organisasi melalui pelbagai peraturan yang digubal untuk membantu menyelaras, menyokong dan membangunkan organisasi atau syarikat. Pelbagai agensi juga yang memberi khidmat nasihat, latihan, pinjaman, penyewaan premis dan lain-lain. Selain itu, kerajaan juga menyediakan lesen, permit, mengutip pelbagai cukai dan duti kepada organisasi dengan tujuan pemantaun terhadap organisasi. Organisasi atau syarikat perlu peka terhadap implikasi cukai terhadap kos dan keuntungan syarikat kerana kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi-polisi. Contohnya, Akta Penerbangan Awam 1969 yang dikeluarkan oleh kerajaan dijadikan sebagai garis panduan kepada syarikat-syarikat penerbangan termasuk AirAsia dan dijadikan sebagai pengawalan, sekatan dan syarat oleh kerajaan (Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia, 2006).
2.4              Keempat, institusi kewangan merupakan punca luaran untuk membiayai perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Institusi kewangan membantu dalam hal pengurusan kewangan syarikat seperti bank perdagangan, syarikat kewangan, syarikat insuran dan syarikat venture capital. Kebanyakan organisasi atau pengusaha perlu sumber pembiayaan modal dari institusi-institusi kewangan untuk memulakan atau menyembangkan perniagaan. Contohnya, AirAsia X iaitu syarikat di bawah kumpulan AirAsia telah membuat pinjaman dengan bank bernilai jutaan ringgit. Namun, memandangkan keuntungan syarikat adalah baik, pihak bank tiada masalah untuk memberikan pinjaman kepada syarikat AirAsia. Ini dapat dilihat apabila syarikat AirAsia berjaya mengumpul kira-kira AS$250 juta (RM775 juta) keuntungan pada tahun 2012 (Hafiz Ithnin, 2013).
2.5              Kelima, badan bukan kerajaan (NGO) di mana NGO boleh mempengaruhi organisasi melalui pelbagai kempen dan publisiti serta mempengaruhi pengguna dan kerajaan. Organisasi harus peka terhadap peranan badan-badan ini dan isu-isu yang sensitif pada masyarakat seperti isu kebersihan, alam sekitar, kesihatan, keselamatan pengguna, status halal dan haram serta lain-lain. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) ini sebagai perantaraan di dalam pemasaran yang membantu syarikat untuk mempromosi, menjual dan mengedar produk kepada pembeli. NGO juga membantu syarikat mencari pelanggan atau membuat jualan kepada pelanggan. Contohnya, syarikat penerbangan AirAsia memerlukan orang tengah untuk memudahkan promosi perkhidmatan yang dijual. Antaranya Syarikat Pengagihan Fizikal membantu syarikat Airasia untuk menyimpan barang pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Airasia untuk mengirim barang tersebut untuk sampai kedestinasi yang dituju (Siti Aminah, 2010).
2.6              Keenam, pesaing atau competitors penting bagi sesebuah organisasi atau pengusaha mengenalpasti pesaing dan memahami karenah serta aktiviti pesaing-pesaing. Menganalisa tahap persaingan dalam industri tersebut. Pengusaha juga perlu mengetahui kelemahan dan kekuatan diri dan juga kelemahan dan kekuatan pesaing. Organisasi atau syarikat perlu menggunakan strategi-strategi tertentu yang berkesan untuk mengatasi pesaing. Contohnya, dari segi harga, promosi, produk, pengedaran dan premis. Syarikat penerbangan AirAsia memulakan operasi dengan kos yang rendah jika dibandingkan dengan pesaing terdekat iaitu MAS. Selain itu, AirAsia menawarkan cara pembelian tiket penerbangan melalui internet secara atas talian. Malah, AirAsia juga mewujudkan Tunes Hotel untuk penumpang yang memerlukan tempat penginapan yang asas semasa mereka dalam perjalanan (Siti Aminah, 2010).


3.0              ANALISIS KESAN UNSUR-UNSUR PERSEKITARAN MIKRO KE ATAS ORGANSASI
3.1              Unsur-unsur persekitaran mikro memberi kesan ke atas organisasi iaitu elemen kerajaan atau agensi yang berkaitan seperti pelabur. Pelabur menyumbang modal dalam organisasi perniagaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan yang ditetapkan oleh pelabur telah mempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan sesebuah organisasi. Sesetengah pelabur menyuntik modal yang besar dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan perniagaan bersama organisasi tersebut. Pelabur tersebut akan bergiat dalam perjalanan perniagaan organisasi yang telah dilaburkan. Kesannya menyebabkan organisasi akan terikat dan di bawah kawalan pelabur. Keadaan ini menyebabkan organisasi merasa tidak bebas dan setiap keputusan atau perancangan yang ingin dilakukan perlu dibincangkan terlebih dahulu bersama pelabur (Zafirah Abu Bakar, 2013). Contohnya, kerjasama yang dilakukan antara syarikat penerbangan MAS dengan AirAsia di mana saham MAS sebanyak 20.5% dan saham AirAsia sebanyak 10% sahaja. Keadaan ini membimbangkan kerana ia mewujudkan ”kartel” yang memonopoli sektor penerbangan negara. Malah, apa yang diketahui, AirAsia sebelum ini merupakan pesaing MAS dan ia bakal mendatangkan kesan berat sebelah selepas ini (Amir, 2011).
3.2              Unsur-unsur persekitaran mikro memberi kesan ke atas organisasi iaitu elemen pembekal di mana firma atau individu yang membekalkan sumber-sumber yang diperlukan oleh syarikat atau organisasi untuk mengeluarkan dan menghasilkan produk serta perkhidmatan mula mengeksploitasi harga dan barangan. Pembekal sebagai penghubung penting antara pembeli dengan syarikat atau organisasi dalam sistem penghantaran nilai. Ia akan mempengaruhi dari segi harga di mana pembekal berkuasa dalam menguasai naik turun harga barangan yang dibekalkan. Keadaan ini menyebabkan harga dan nilai produk yang dihasilkan di pasaran tidak tetap dan tidak kosisten kerana nilai harga boleh mencapai pada tahap yang maksimum atau manimum. Contohnya, pembekal berkuasa untuk mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran atau yang diperlukan oleh syarikat. Tambahan pula, pembekal dengan kuasa tawar menawar mereka sendiri menjejaskan kerja dan struktur kos industri (Zafirah Abu Bakar, 2013).  
3.3              Unsur-unsur persekitaran mikro memberi kesan ke atas organisasi iaitu elemen institusi kewangan di mana walaupun institusi ini membantu kewangan organisasi, namun, faktor-faktor seperti kadar faedah, jumlah pinjaman dan senang atau susah pinjaman yang diberikan akan mempengaruhi perniagaan sesebuah organisasi. Pinjaman dari instutusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk peniaga baru kerana tidak mempunyai rekod tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana kesannya akan membebankan organisasi atau peniaga baru. Contohnya, kepada organisasi atau syarikat yang baru bermula dan memerlukan modal yang besar. Adalah sukar untuk syarikat atau organisasi tersebut untuk mendapatkan kepercayaan daripada mana-mana badan institusi kewangan yang ada (Amir, 2011).
3.4              Unsur-unsur persekitaran mikro memberi kesan ke atas organisasi iaitu elemen pesaing. Tidak dapat dielakkan dalam dunia pemasaran di mana apabila pesaing menurunkan harga jualan produk, adakah organisasi atau syarikat perlu berdiam diri atau mengambil tindakan yang sama. Selain itu, adakah apabila pesaing menggunakan teknologi terkini dalam pengeluaran, adakah organisasi atau syarikat perlu mengikut cara pesaing. Ini adalah persoalan yang perlu difikirkan oleh organisasi kerana gelagat pesaing memberi kesan ke atas strategi organisasi dan sudah tentu mempengaruhi cara organisasi bertindakbalas terhadap persekitaran. Dunia pemasaran hari ini tidak tertumpu kepada pada pesaing dalam negara sahaja, tetapi pesaing pada hari ini menjangkau sempadan negara. Inilah yang dikatakan globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Ini memberi kesan yang baik kepada perkembangan organisasi atau syarikat unruk memantapkan lagi tahap pencapaian organisasi. Contohnya, MAS merupakan pesaing utama kepada AirAsia. Oleh itu, sistem pengurusan AirAsia perlu bijak merancang dan membuat perancangan yang strategik bagi memantapkan lagi pemasaran dan jualan syarikat agar setanding dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain (Zafirah Abu Bakar, 2013).
3.5              Unsur-unsur persekitaran mikro memberi kesan ke atas organisasi iaitu elemen pelanggan di mana kepuasan dan kepentingan pelanggan diutamakan. Segala produk dan keluaran wujud selepas tinjauan ke atas pasaran di buat. Tiada organisasi boleh hidup tanpa pelanggan dan pengguna. Kesan pelanggan terhadap organisasi adalah positif sekiranya organisasi atau syarikat memberikan perkhidmatan yang baik dan cemerlang kepada pelanggan. Namun, ia akan menjadi negatif apabila organisasi atau syarikat meminggirkan pelanggan. Walaupun organisasi perlu berhadapan dengan pelbagai ragam dan karenah dari pelanggan, pelanggan banyak memberi kesan ke atas syarikat kerana kuasa beli adalah tinggi. Contohnya, syarikat AirAsia mengutamakan kepentingan dan keselesaan penumpangnya kerana pelanggan adalah sumber rezeki syarikat dan mampu memantapkan ekonomi syarikat (Amir, 2011).
3.6              Unsur-unsur persekitaran mikro memberi kesan ke atas organisasi iaitu elemen badan bukan kerajaan atau NGO di mana memberi kesan yang positif dan negatif terhadap organisasi atau syarikat. Ini kerana, badan-badan bukan kerajaan seolah-olah membantu pihak syarikat dalam membuat promosi mengenai syarikat tersebut. Malah, daripada yang tidak mengetahui mengenai syarikat menyebabkan masyarakat mula sedar akan kewujudan dan keistimewaan syarikat. Namun begitu, NGO ini juga turut memberi kesan yang negatif kepada organisasi atau syarikat dengan isu-isu yang negatif yang mampu menggugat kestabilan syarikat. Contohnya, badan-badan bukan kerajaan dilihat dari pandangan positif apabila dilihat turut membantu syarikat penerbangan AirAsia dalam mempromosi dan memperkenalkan syarikat di mata masyarakat dan dunia melalui iklan-iklan tertentu. Namun, dari sudut pandangan negatif, NGO turut mencemarkan nama syarikat dengan isu-isu panas seperti terkini syarikat penerbangan AirAsia dituduh kejam ekoran tidak emmbenarkan ibu dan anak yang terkena penyakit campak menaiki penerbangan (Zafirah Abu Bakar, 2013).


4.0  CADANGAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MIKRO DI DALAM ORGANISASI 

4.1              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen pelanggan atau pengguna di mana organisasi harus sentiasa menilai sama ada keluaran produk atau peralatan dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Keluaran organisasi pelu mempunyai inovasi, kreatif dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini. (Zafirah Abu Bakar, 2013). Contohnya, Airasia perlu mengaturkan strategi untuk menjayakan promosi yang telah dijalankan. Perkhidmatan  yang diberikan perlu ditingkatkan agar pelanggan tidak membuat aduan. Tujuan syarikat adalah untuk memberikan kepuasan pelanggan (Siti Aminah, 2010).
4.2               Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen kerajaan atau agensi yang berkaitan di mana penekanan terhadap pemodal-pemodal ke atas organisasi. Organisasi perlu mengambil tindak tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur pada jangka masa pendek dan juga pelabur pada jangka masa panjang (Zafirah Abu Bakar, 2013). Contohnya, syarikat penerbangan AirAsia perlu memainkan peranan dengan pihak kerajaan atau agensi-agensi yang berkaitan agar segala maslaah dan urusan yang berkaitan dengan jabatan atau organisasi ini dapat diatasi dan dibincangkan dengan telus dan bersama (Zafirah Abu Bakar, 2013).
4.3              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen pembekal di mana organisasi perlu mengenali pembekal, sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan pembekal. Malah, organisasi perlu mewujudkan dan memelihara hubungan yang baik dengan pembekal kerana pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi untuk dijadikan barang niaga yang boleh di jual dan memenuhi citarasa pengguna. Namun begitu, pada hakikatnya, organisasi dan pembekal saling memerlukan di antara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Interaksi di antara pembekal dengan organisasi banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan atau corak operasi dan kemajuan sesebuah organisasi. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan atau operasi sesebuah organisasi tidak terganggu, malah akan terus berkembang (Zafirah Abu Bakar, 2013). Contohnya, organisasi perlu menjalankan kajian ke atas pembekal seperti siapa pembekal, apakah produk-produk pembekal, harga, terma-terma dan syarat-syarat (Pulkit Pal, 2005). Contohnya, AirAsia telah menetapkan syarat-syarat kepada pembekal yang ingin menjalinkan kerjasama denganya perlu menepati konsep permintaan dan pembekalan iaitu mereka perlu menjual produk yang benar-benar mempunyai permintaan dan berkualiti tinggi. Namun, sekiranya syarat-syarat ini gagal untuk pembekal mematuhinya, pembekal dan syarikat perlu dan boleh berbincang bersama-sama dan mencari jalan penyelesaian (Zafirah Abu Bakar, 2013).
4.4              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen pesaing di mana organisasi atau syarikat perlu mengetahui saiz dan perletakan iaitu tahap perkembangan industrinya berbanding pesaingnya. Organisasi perlu membangunkan strategi yang memberi mereka kadar pulangan yang lebih baik. Organisasi atau syarikat perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka berbanding dengan pesaing. Ini kerana mudah bagi organisasi untuk menjalankan strategi-strategi bagi mengatasi pesaing (Azman Ali, 2010). Contohnya, strategi promosi yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan Airasia dengan menonjolkan kelebihan dan keistimewaan keluaran syarikat berbanding pesaing lain. Malah, kelemahan-kelemahan yang ada pada syarikat akan dipertingkatkan dan diperbaharui (Siti Aminah, 2010).
4.5              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen institusi kewangan di mana pihak berkuasa atau pihak yang terbabit seperti agensi-agensi kewangan maupun pihak kementerian kewangan perlu bijak memainkan peranan masing-masing. Malah, syarat-syarat dan polisi-polisi yang diamalkan sebelum ini perlu dilonggarkan berdasarkan tahap kemampuan sesebuah organisasi atau syarikat. Selain itu, dalam menentukan mana-mana syarikat atau organisasi yang layak mendapatkan sama ada pinjaman kewangan atau bantuan kewangan, perlulah dilakukan dengan adil dan saksama. Contohnya, syarikat penerbangan AirAsia bernasib baik kerana di beri kepercayaan oleh pihak bank untuk membuat pinjaman semasa awal pengambilan AirAsia walaupun dengan jumlah yang tinggi. Ini kerana pihak bank yakin dengan syarikat. Namun, ia berbeza dengan usahawan-usahan kecil atau yang baru bertapak untuk mendapatkan kepercayaan dari pihak bank atau institusi kewangan yang lain (Zafirah Abu Bakar, 2013).
4.6              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen badan bukan kerajaan atau NGO iaitu di mana kerajaan perlu memberi sokongan terhadap NGO yang terdapat dalam negara kerana NGO mempunyai satu kuasa untuk mengawal dan menguasai individu atau masyarakat dalam dunia pemasaran. Ini kerana NGO turut memberi kesan ke atas jatuh dan bangunnya sesebuah organisasi atau syarikat. Pihak-pihak NGO juga perlu bijak dalam memainkan sesuatu isu-isu dan perlu memastikan setiap isu yang disebarkan adalah sahih dan benar. Contohnya, apabila keluar isu mengenai pihak pengurusan AirAsia yang tidak membenarkan ibu dan anak meneruskan penerbangan ekoran kedua-duanya terkena jangkitan campak. Sekiranya dilihat dari sudut pandangan dan isu yang dikeluarkan oleh NGO, pihak pengurusan AirAsia dilihat gagal mematuhi matlamat dan objektif syarikat iaitu memenuhi kehendak dan kepentingan pelanggan. Walhal, masyarakat tidak mengetahui kejadian sebenar yang berlaku (Siti Aminah, 2010).










5.0              KESIMPULAN

Apabila sesebuah organisasi mula beroperasi, ia tidak berada dalam satu keadaan yang strategik atau tidak berubah. Organisasi berada dalam satu persekitaran yang lebih luas. Dalam persekitaran ini, wujud kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal yang akan memberikan peluang serta ancaman kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi. Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi kesan positif atau negatif kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi dan berkembang, di samping mengekalkan arusniaganya dengan pembeli dan pengguna sasaran. Perubahan sentiasa berlaku dalam persekitaran dan ia boleh berlaku secara perlahan atau mendadak serta tidak menentu. Ini mampu memberikan kesan yang mendalam dan mengejut kepada syarikat atau organisasi.
Apa yang dapat dilihat, persekitaran mikro terdiri daripada kuasa-kuasa yang berada di dalam dan di luar syarikat atau organisasi secara kecil dan secara amnya tidak boleh diubah oleh tindakan syarikat atau organisasi sahaja. Dalam erti kata lain, syarikat atau organisasi boleh dipengaruhi oleh persekitaran ini, tetapi syarikat atau organisasi pula tidak boleh mempengaruhi persekitaran ini. Sesebuah syarikat atau organisasi perlu mengetahui strategi perancangan yang perlu diselaraskan agar syarikat atau organisasi boleh mendapatkan dan mengekalkan syarikat atau organisasi tersebut terutama dalam berdaya saing. Persekitaran ini dilihat berhubung secara tidak langsung dengan syarikat atau organisasi.
Jelaslah di sini, untuk membuat perancangan yang baik, syarikat atau organisasi perlu memahami persekitaran mikro. Ini kerana, syarikat atau organisasi bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan operasi syarikat atau organisasi, tetapi syarikat atau organisasi perlu juga mengkaji semasa operasi syarikat atau organisasi sedang berkembang. Hill dan Jones (1998) juga telah menyatakan bahawa untuk berjaya, sesebuah syarikat atau organisasi perlu mematuhi strategi persekitaran syarikat atau organisasi atau di mana ia beroperasi atau dapat membentuk semula syarikat atau organisasi tersebut dengan lebih baik melalui pilihan strategi yang berkesan (Hill & Jones, 1998). Oleh itu, syarikat atau organisasi dilihat gagal apabila strategi organisasi tidak sesuai dengan persekitaran di mana syarikat atau organisasi beroperasi.
Melalui kajian ini, apa yang dapat dilihat, persekitaran mikro dilihat banyak mempengaruhi strategi perkhidmatan di dalam sesebuah organisasi atau syarikat dengan harapan usaha ini akan meningkatkan hubungan antara firma, pengurus dan pelanggan dengan memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Menurut McLaughlin dan Kaluzny (1999), persekitaran mikro boleh mempengaruhi syarikat atau organisasi di dalam perkhidmatan yang dilakukan (McLaughlin & Kaluzny, 1999).
Kesimpulannya, apa yang dilihat, setelah mengawasi serta mengetahui peranan dan pengaruh persekitaran mikro kepada syarikat, firma atau organisasi, terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung yang boleh memberikan peluang dan ancaman untuk jangka waktu pendek atau panjang dan menjadikan syarikat atau organisasi semakin kukuh atau sebaliknya bergantung kepada tindakan dan pendekatan yang di ambil oleh organisasi. Oleh itu, syarikat atau organisasi perlu mengawasi sebarang perubahan yang berlaku dalam elemen-elemen tersebut.


4 ulasan:

  1. good esei but no references, im not able to find even one of your citation

    BalasPadam
  2. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    BalasPadam