1.0
INTRODUCTION
Kerjaya kejururawatan telah bermula di Malaysia
sejak tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan
Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nurse Katholik. Latihan (sambilan
bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada
tahun 1942 hingga 1945 ekoran berlakunya Perang Dunia ke-2. Sekolah
kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bahru, Pulau
Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaysia
(pada zaman tersebut dikenali Malaya) pada tahun 1951. Kerjaya jururawat
merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan
teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan
dan kehendak dunia perubatan semasa. Justeru itu, kerjaya kejururawatan di
Malaysia sentiasa mempunyai perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam
pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi ke arah mencapai matlamat
untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Zulkifli Hamzah, 2011).
Sehubungan dengan itu, peluang perkembangan kerjaya jururawat ke peringkat yang
lebih tinggi bagi menjamin kehidupan dan kepuasan jururawat dapat dilihat
melalui empowerment yang ada di dalam
diri seseorang jururawat.
Menurut Chinn dan Kramer (2011), mendefinisikan empowerment sebagai satu proses
multidimensi sosial yang membantu orang ramai mendapatkan kawalan ke atas
kehidupan mereka sendiri. Ia adalah satu proses yang menggalakkan kuasa iaitu
kebolehan untuk mempengaruhi orang lain untuk kegunaan dalam kehidupan mereka
sendiri dan terhadap masyarakat (Chinn & Kramer, 2011).
Empowerment
sering dikaitkan dengan kuasa. Kuasa didefinisikan sebagai kuasa memiliki
kawalan, pihak berkuasa atau pengaruh ke atas orang lain (Merriam-Webster,
2002). Kekuatan disebalik konsep kuasa adalah idea kuasa dan pencapaian ini
bergantung kepada dua perkara iaitu empowerment
memerlukan kuasa yang membolehkan kita berkuasa untuk membawa perubahan dan
bersama-sama dalam perubahan tersebut, serta keupayaan untuk membangunkan atau
mengembangkannya. Menurut Weber (1946) mengatakan, kuasa sebenarnya wujud dalam
konteks hubungan antara manusia atau benda. Kuasa tidak wujud secara berasingan
dan hubungan kuasa mempunyai keupayaan untuk berubah (Sadan, 1997).
Dalam bidang kejururawatan, empowerment merupakan satu konsep penting yang boleh digunakan
untuk mewujudkan kelakuan yang sihat dan hubungan profesional yang kukuh. Ia
adalah satu konsep demokrasi, berjuang untuk kemajuan keadilan sosial, kebebasan
untuk memilih dan abstrak (Rodwell, 1996). Ia juga merupakan satu konsep yang
sangat positif dan proaktif yang memerlukan usaha daripada semua perhubungan
dan mempunyai kawalan, pengaruh atau penguasaan ke atas seseorang atau sesuatu.
Menurut rekod Jabatan Kesihatan pada tahun 1997, empowerment adalah satu perkataan yang
sering kita dengar dalam perkhidmatan kesihatan pada hari ini dan menjadi
tunggak utama dasar kesihatan. Malin dan Teasdale (1991) menyatakan empowerment dalam konteks kejururawatan bermakna
kebebasan untuk memilih dalam mendapatkan rawatan dan juga membayangkan bahawa
pesakit perlu mengekalkan autonomi serta tanggungjawab untuk membuat keputusan
semasa rawatan mereka (Sula Witshine, 2001). Ini menunjukkan empowerment adalah satu cara penumpuan
kuasa pada individu tertentu dengan memberikannya autoriti, tanggungjawab untuk
membuat keputusan, sumber atau kuasa serta mewujudkan suasana agar pekerja
dapat menggunakan keupayaan mereka semaksimum mungkin bagi mencapai matlamat
organisasi (Clutterbuck & Kernaghan, 1994).
Dalam skop kejururawatan, empowerment seseorang jururawat dapat dilihat melalui hubungan
jururawat dengan pesakit, jururawat dengan student
nurse, jururawat dengan organisasi dan jururawat dengan individu (diri
sendiri) (Rodwell, 1996).
2.0
UNDERSTANDING
ON THE IMPORTANCE OF EMPOWERMENT IN NURSING
2.1
Hubungan jururawat dengan pesakit iaitu jururawat
berkuasa membantu pesakit dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada
bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya bagi memenuhi
keperluan dan aktiviti penjagaan diri sendiri. Melalui empowerment juga, jururawat berkuasa membantu pesakit mencapai
tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan
kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka (Zulkifli Hamzah, 2011).
Hubungan
interpersonal antara jururawat dengan
pesakit telah wujud sejak tahun 1960-an dan hubungan ini dilihat sebagai
intipati amalan kejururawatan (Moyle, 2003). Hubungan ini boleh dibina dan
dibangunkan dengan membina kepercayaan, mewujudkan suasana yang baik, menilai
kekuatan dan kelemahan pesakit serta mewujudkan komunikasi di antara
kedua-duanya (Egan, 2002). Melalui empowerment,
jururawat juga memantau keadaan pesakit dari semasa ke semasa dan melaporkan
kepada pihak yang bertanggungjawab serta mempunyai kuasa untuk mengarah atau
membantu dan merancang pesakit untuk membuat keputusan.
Contohnya,
Nursing Clinical Intructors (CI) dalam
merancang kesihatan pesakit. CI akan merujuk kepada data penilaian pesakit
dalam merangka matlamat pesakit dan merancang strategi kejururawatan yang
diperlukan untuk mencegah, mengurangkan atau menghapuskan masalah kesihatan
pesakit. CI juga akan memberikan rawatan yang terbaik serta mengutamakan pengurusan
untuk pesakit (Mpaka & Uys, 1999).
2.2
Hubungan jururawat dengan student nurse iaitu melalui peranan
jururawat berkuasa membantu student nurse
memahami prinsip asas kemahiran kejururawatan, menilai keperluan pembelajaran,
memerhati teknik mereka dan membantu student
nurse jika mengalami kesukaran dalam pelajaran serta merancang pengalaman
pembelajaran melalui amalan (Schweer & Gebbie, 1876). Jururuawat dianggap
sebagai rujukan kepada student nurse
sekiranya mempunyai masalah dan berkuasa sepenuhnya untuk mengawal dan memantau
student nurse semasa proses
pembelajaran berlaku.
Contohnya,
Nursing Clinical Instructors (CI)
berperanan sebagai guru atau tenaga pengajar dengan menyediakan peluang
pembelajaran yang terbaik kepada student
nurse untuk menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman di dalam
bidang kejururawatan. Kesannnya, membantu student
nurse semasa di dalam wad seperti apakah prosuder-prosuder yang diperlukan
semasa melakukan rawatan kepada pesakit atau semasa berhadapan dengan pesakit
(Van Hoozer, 1987).
2.3
Hubungan jururawat dengan organisasi
iaitu kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas kebijaksanaan pekerja
(jururawat) dalam menggunakan kuasa yang ada. Jururawat berkuasa membantu
mengubah organisasi lebih dilihat melalui student
nurse. Menurut Anderson (2011), kuasa jururawat cenderung untuk mengambil
tanggungjawab yang besar dalam kerja mereka dan memberi kejayaan serta
keuntungan kepada organisasi. Ini kerana, kuasa jururawat sebagai aset kepada
organisasi dan memainkan peranan penting dalam mencapai hasil yang berjaya.
Pengurus organisasi atau ketua akan memberi kuasa kepada jururawat yang mereka
percayai untuk mematuhi arahan khusus bagi tujuan pembangunan organisasi
(Anderson, 2011). Faktor penting dalam pertumbuhan dan kejayaan orgaisasi adalah
melalui kuasa jururawat dengan menggunakan motivasi yang tinggi dan idea-idea
yang baik.
Contohnya,
tindakan CI di Masterskill University
College menggunakan kuasa yang ada sebaik dan semaksimum mungkin terutama
semasa mengadakan latihan di wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II bersama student nurse. Tindakan CI mengawal,
mengajar dan memantau student nurse serta memberikan komitmen yang tinggi semasa
tugasan telah mendapat pujian dan perhatian di tempat latihan yang dilakukan
dan turut mendapat perhatian pesakit. Keadaan ini akan memberi kesan yang
positif kepada organisasi.
2.4
Hubungan jururawat dengan individu (diri
sendiri) iaitu melalui pelaksanaan empowerment,
dapat memberi faedah kepada individu (jururawat) terbabit terutama dalam
peluang untuk meningkatkan kemahiran, bakat dan keupayaan (Stewart, 1994). Ini
akan mewujudkan penambahbaikan yang berterusan dalam semua aspek kehidupan
seperti kualiti, pengurangan kos dan meningkatkan pencapaian dan kepuasan semua
yang terlibat (Murrell & Meredith, 2000). Keadaan ini akan meningkatkan
motivasi kendiri jururawat dan mewujudkan rasa bahawa semua kerja yang
dilakukan adalah penting dan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dalam
memastikan kejayaan organisasi. Ini dikatakan akan meningkatkan semangat jururawat
dan turut membantu mengurangkan tekanan kerja (Stewart, 1994).
Contohnya,
CI akan bersungguh-sungguh memastikan student
nurse memahami apa yang diajarinya, samada di dalam kelas atau luar kelas.
Penekanan akan diberikan sekiranya subjek atau tajuk yang diajar sukar difahami
dan sekiranya masih wujud masalah, latihan secara praktikal akan dilakukan. Ini
bertujuan untuk memberikan pemahaman yang maksimum kepada student nurse kerana akan mempengaruhi tindakan dan pemahaman
mereka semasa latihan di luar kelas dijalankan. Sekiranya wujud masalah kepada
student nurse terutama semasa latihan di luar kelas, keadaan ini akan
mempengaruhi prestasi CI tersebut (Mpaka & Uys, 1999).
3.0
DISCUSSION
ON THE IMPLICATIONS OF EMPOWERMENT ISSUES IDENTIFIED
3.1
Implikasi terhadap jururawat iaitu
sekiranya empowerment digunakan
dengan cara yang betul, akan melahirkan jururawat yang berpengetahuan, berdaya
saing, budaya kerja yang cemerlang, berintegriti serta mempunyai nilai moral
dan etika yang tinggi selaras dengan ispirasi Kementerian Kesihatan Malaysia
serta Kerajaan (Zulkifli Hamzah, 2011). Selain itu juga, akan wujudkan dalam
diri jururawat mengenai prinsip merawat moral pesakit dengan hormat, bertindak
jujur dan adil serta mewujudkan keperibadian integriti seperti berani berkata
dan bertindak, tegas, mampu bertindak di bawah tekanan dan fleksibel. Dari segi
kepakaran pula, wujud perbuatan dengan cekap, mempunyai kuasa peribadi untuk
membuat keputusan, perbuatan yang bebas dan autonomi serta bertanggungjawab
untuk berunding dan mengajar rakan-rakan (Chong & Elicebat, 2004).
Selain
itu, akan mewujudkan jururawat yang berdisiplin, bekerjasama secara berpasukan
dan mematuhi peraturan-peraturan pada setiap masa. Kesannya, memberi faedah
kepada jururawat terutama dalam peluang untuk meningkatkan kemahiran, bakat dan
keupayaan (Stewart, 1994). Ini akan mewujudkan penambahbaikan yang berterusan
dalam semua aspek kehidupan dan akan menghasilkan penambahbaikan dalam kualiti,
pengurangan kos dan meningkatkan kepuasan semua yang terlibat (Murrell &
Meredith, 2000). Ini kerana, empowerment
mewujudkan rasa bahawa semua kerja yang dilakukan adalah penting dalam
memastikan kejayaan organisasi (Scott & Jaffe, 19921). Selain itu juga,
mewujudkan perhubungan yang berkesan dikalangan jururawat melalui kerjasama
yang wujud kesan daripada empowerment
bagi tujuan produktiviti yang lebih tinggi.
Contohnya,
hubungan CI dan student nurse akan
wujud saling bekerjasama kerana mereka saling memerlukan di antara satu sama
lain. Ini kerana, CI memerlukan student
nurse bagi mencapai misi dan matlamat pengajarannya. Manakala, student nurse pula memerlukan CI sebagai
tenaga pengajar kerana ingin memahami dan mempelajari konsep-konsep dalam
bidang kejururawatan (Norton, 1998)..
3.2
Implikasi terhadap pesakit iaitu memberi
kepuasan dan mengurangkan rasa sakit atau derita yang ditanggung oleh pesakit.
Ia seolah memberi kehidupan kepada pesakit. Ini kerana, kesan daripada tindakan
jururawat yang telah memberi rawatan yang optimum dalam merawat pesakit serta meningkatkan
kualiti penjagaan bagi perawatan kesihatan (Manojilovich, 2007).
Wawasan
kesihatan telah mengalihkan fokus daripada memberi penekanan kepada penyakit (illness) kepada kesihatan (wellness) serta memberi kesedaran kepada
individu (pesakit) yang membolehkan individu dan masyarakat untuk mewujudkan
pengamalan penjagaan kesihatan kendiri sebagai satu budaya (Zulkifli Hamzah,
2011).
Pesakit
akan mendapat kepuasan kerana kesan empowerment
ini menyebabkan kepuasan pelanggan diutamakan (Scott & Jaffe, 1991). Ini
menggalakkan pesakit menjadi lebih baik kerana ia boleh mempengaruhi pesakit
dari segi tindakan atau cara (Manojlovich & Laschinger, 2002). Kepakaran
kejururawatan adalah sumber yang berkaitan dengan kuasa yang mempunyai kesan
perubahan kepada kehidupan pesakit (Rafael, 1996).
Contohnya, apabila jururawat dan bersama
doktor membincangkan pelan rawatan dengan pesakit yang baru didiagnosis dengan
kanser. Beliau mendidik pesakit mengenai rawatan yang mungkin, kesan sampingan
dan statistik yang berkaitan. Beliau tidak menawarkan apa-apa sumber atau
sokongan, tetapi hanya fakta. Beliau hanya bertanya dan berbincang rawatan yang
pesakit pilih, ini menyebabkan pesakit tersebut terharu dan ia memberi kesan
dan impak yang besar terhadap pesakit (Gibson, 1991).
3.3
Implikasi terhadap pendidikan iaitu meningkatkan
dan mengembangkan tahap pendidikan di dalam bidang kejururawatan. Ini kerana,
kesan daripada penyampaian atau pengajaran jururawat kepada student nurse yang memberi kesan kepada
perkembangan dalam pendidikan (Shin, 1998). Jururawat juga akan mendapatkan sebanyak
mungkin pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan untuk menghadapi
cabaran, mengkaji semula pengajaran mereka kepada student nurse kepada mencari pendidikan yang lebih baik (Rowles
& Brigham, 1998). CI membolehkan pembelajaran secara hand-on dan visual. Pembelajaran secara ini membolehkan jururawat
menonton, mencontohi dan melaksanakan proses yang diajar. Ia mengukuhkan
kemahiran yang baru mereka belajar (Van Hoozer, 1987).
Contohnya,
pendidikan kejururawatan mengajar asas teori kejururawatan dan asas kemahiran kejururawatan
mengenai suntikan, ubat-ubatan dan sebagainya melalui CI. Student nurse pula boleh mempelajari tingkah laku yang membantu
mereka mengamalkan dan melaksanakan teori kejururawatan tersebut (Schweer &
Gebbie, 1976).
3.4
Implikasi terhadap organisasi iaitu mewujudkan
kepercayaan dalam persekitaran kerja, mengurangkan ketegangan kerja dan burnout serta mewujudkan kesan positif
dalam tingkah laku jururawat (Hatcher & Tranmer, 1997). Empowerment dilihat sebagai satu
transformasi kepimpinan untuk memastikan operasi yang lebih berkesan dalam
organisasi (Chong & Elicebat, 2004). Penglibatan jururawat dalam hal ehwal
hospital adalah salah satu mercu tanda kejayaan persekitaran hospital (Prescott
& Dennis, 1985). Kesannya, organisasi tersebut akan dipandang tinggi dan
dikenali di seluruh negara atau dunia sekiranya kuasa yang ada di dalam diri
jururawat digunakan dengan betul.
Contohnya,
tindakan Nursing Clinical Instructors
(CI) memainkan peranan dalam membentuk moral dan sahsiah diri student nurse serta membantu student nurse dalam memahami konsep
kejururawatan samada melalui latihan atau buku. Kesannya, akan melahirkan student nurse yang mahir bukan sahaja di
dalam bidang kejururawatan, malah merangkumi dalam semua bidang yang berkaitan
dengan perubatan. Tindakan ini akan mengharumkan nama organisasi dipersana
negara, malah di dunia (Brink, 1996).
3.5
Implikasi negatif juga wujud dalam
melaksanakan empowerment in nursing
iaitu wujudnya berdaya siang melalui hubungan dikalangan jururawat seperti
golongan berkuasa dengan golongan yang tidak mempunyai kuasa. Selain itu,
wujudnya penindasan oleh golongan yang mempunyai kuasa terhadap golongan yang
tiada kuasa. Implikasi ini juga akan mewujudkan penaklukan dalam pemikiran
terhadap individu, masyarakat dan organisasi untuk menjadi lebih kuat atau
lebih berkuasa. Selain itu juga, implikasi negatif seperti wujudnya penggunaan
manipulasi untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan (Chong & Elicebat,
2004). Implikasi negatif ini juga akan mewujudkan satu budaya “buli” di antara
satu sama lain dengan keganasan mendatar yang dijumpai di dalam budaya
kejururawatan (Stevan, 2002). Selain itu, akan wujud perasaan tidak hormat dari
golongan yang berkuasa kepada golongan yang tiada kuasa.
Contohnya,
dalam hubungan Nursing Clinical
Instructor (CI) dengan student nurse.
Terdapat sesetengah CI beranggapan mereka mempunyai kuasa mutlak terhadap student nurse dan setiap arahan atau
tindakan CI perlu dipatuhi. Ini memberi kesan terhadap student nurse iaitu akan wujudnya perasaan tidak berpuas hati dan
kecewa sekiranya arahan yang diberikan bertentangan dengan kehendak mereka.
Kesannya, akan mewujudkan perasaan rendah diri dan secara automatik akan
memberi kesan terhadap organisasi.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, empowerment ialah satu konsep penting yang boleh memberi kesan
positif terhadap semua pihak samada terutama kepada kesihatan setiap individu. Empowerment in nursing mempunyai impak
yang besar terhadap semua pihak samada dalam aspek individu, sosial, budaya,
organisasi dan pendidikan (Rodwell, 1996). Namun, banyak dilihat, empowerment banyak digunakan pada
individu iaitu jururawat dan perlu untuk menggunakan empowerment yang mereka miliki terutama bagi tujuan melanjutkan
kesihatan pesakit mereka. Empowerment
ini samada ia melibatkan promosi kesihatan atau pembangunan organisasi dan adalah
penting untuk masyarakat kita secara keseluruhannya yang akan memberi manfaat
kepada semua yang terlibat.
Hubungan empowerment, komunikasi dan proses membuat keputusan terjalin
bersama dalam melahirkan prinsip-prinsip serta asas-asas yang kukuh bagi
mewujudkan satu kepimpinan yang berkesan, pengawasan atau controlling dan seterusnya ia akan memberikan impak kepada proses
dan asas kepada perwakilan tugas yang seimbang serta sejajar dengan pembahagian
kuasa dan kewibawaan seseorang ketua atau pemimpin tersebut. Ini menunjukkan
mempunyai empowerment yang sah untuk
menjalankan kegiatan bagi mencapai satu-satu objektif yang telah diamanahkan
kepada mereka dapat mempengaruhi di dalam tugasan atau tindakan mereka.
Namun, Empowerment in nursing juga dilihat banyak memberi impak kepada
organisasi dan dilihat amat penting bagi tujuan untuk mengembangkan sesebuah
organisasi dalam era dunia global. Ini kerana, sekiranya tidak mempunyai empowerment, organisasi atau individu
tersebut dianggap sebagai boneka. Namun, perlu diingatkan, tidak semua mereka
yang mempunyai empowerment mempunyai
tahap tanggungjawab yang sama.
Walaubagaimana pun, bentuk dan
kaedah penggunaan empowerment perlu
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan dengan cara yang terkawal. Ini
kerana, sekiranya disalahgunakan ia akan mewujudkan kesan yang negatif dan
memberi impak yang besar kepada semua pihak. Empowerment akan dilihat dari sudut negatif jika ia dikaitkan
dengan kebebasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan