Maulidur Rasul atau kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. pada 24/1/2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434H di mana Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun sempena Maulidur Rasul atau kelahiran Baginda, umat Islam
di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan,
ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan
dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan
majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW kerana bila
berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah swt terhadap
kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat
kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam
kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan
mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh
orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang
yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
so, esok merupakan cuti umum dan alhamdulillah dapat la kiter lebih menghayati nyer.. insyaAllah, bila kiter selalu menginati Baginda, kita akan mendapat keberkatan..Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan