berarak sambil berselawat secara beramai-ramai sudah
lama diadakan sejak 1970-an dan 1980-an. Seawal pagi umat Islam di
negara ini sudah bersiap dengan pakaian cantik dan tradisional keluar
beramai-ramai berarak.
Televisyen dan radio turut menyiarkan secara langsung acara yang penuh semangat itu. Umat Islam pelbagai lapisan memenuhi jalan raya seluruh negara terutama di pekan besar.
Televisyen dan radio turut menyiarkan secara langsung acara yang penuh semangat itu. Umat Islam pelbagai lapisan memenuhi jalan raya seluruh negara terutama di pekan besar.
Bagaimanapun, situasi ini mula hambar, malah ada yang tidak
menganjurkannya atau mengadakan sambutan dalam skala yang lebih kecil
sekitar 1990- an dan awal 2000. Ada beberapa khilaf mengenai perarakan
dan sambutan Maulidur Rasul yang berpendapat ia tidak dilakukan pada
zaman Rasulullah.
Namun, pada masa sama surau dan masjid tetap mengadakan aktiviti sempena keputeraan junjungan mulia itu bagi memperingati perjuangan kekasih Allah itu.
Sejak 10 tahun kebelakangan ini, sambutan keputeraan Baginda kembali disemarakkan. Sejak lima tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak penganjuran konsert berunsurkan Islam terutama ketika Rabiulawal diadakan dan berjaya menarik minat masyarakat untuk turut serta.
Kemasukan penggiat seni Islam dari negara luar turut dilihat sebagai pemacu ke arah peningkatan penganjuran konsert berunsurkan Islam di negara ini.
sebab utama umat Islam perlu mencintai Rasulullah adalah kerana cinta Baginda kepada umatnya terlalu mendalam:
“Buktinya, belum kita lahir lagi Rasulullah sudah rindu mahu bertemu dengan umatnya. Malah, Rasulullah tidak masuk ke syurga terlebih dulu walaupun diberikan keistimewaan itu oleh Allah. Baginda mahu menunggu umatnya dulu. Tiga tempat di mana Baginda menunggu umatnya iaitu di tempat perhitungan (Mizan), di telaga dan di titian siratulmustaqim"...
Cinta luar biasa
Cinta Rasulullah kepada umatnya terlalu luar biasa.
“Orang yang mencintai seseorang lazimnya akan melakukan apa saja yang dimahukan kekasihnya. Begitu juga kita, jika kita mengaku mencintai Rasulullah maka perlukan kita terus mengamalkan apa yang diajar Baginda dari semua aspek,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan